Air Cooler Yang Best, Midea

Rumah kitorang ni kalau pukul 10 pagi onwards, memang dah start panas.

Ruang atas antara ruang yang dari tangga pun dah rasa macam berbahang sauna.

Tapi untuk pasang aircond di ruang ini, agak mencabar nak kena tarik paip etc.

Jadi short term solution adalah beli Air Cooler.

Sebelum beli, suami saya baca review dulu. Kat mana lagi kalau bukan kat Lazada kan.

Saya agak skeptik dengan Air Cooler. Entah-entah macam kipas kaki je, dok berpusing tapi tak sejuk-sejuk 😂

Tapi harga Air Cooler tak lah beribu pun, so ok lah untuk cuba.

Baca punya baca, suami pilih jenama Midea.

Bila pasang, eh not bad. Tak berasa sangat lah panas bahang kat atas ni. Boleh lah anak-anak beraktiviti tanpa bosan.

Jimat pun ye juga rasanya berbanding aircond.

Air Cooler ni menyejukkan ruang menggunakan air.

Kalau air dah nak habis, tarik je masuk toilet dan refill air.

Kalau nak lagi sejuk, dia ada casing yang kita boleh sejuk bekukan dalam freezer. Nanti dah beku, buh kat tempat dia kat Air Cooler, insya-Allah lebih sejuk dari pakai air.

Tapi so far kitorang pakai air je. Itu pun dah cukup nyaman bagi kami.

Ok lah kalau kawan-kawan nak beli Air Cooler, boleh lah cuba Midea dan beli di Lazada. Klik klik klik sampai depan rumah 😄

2 Comments

  1. Noor Hafizah Zainudin 14 August 2018
    • Khadeejah Hasmad 27 August 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares