Australia | Sydney

Aktiviti di Sydney Bersama Anak-anak : Featherdale Wildlife Park

Sebelum kami ke Featherdale Wildlife Park, kami ke Taronga Zoo sebab ianya lebih dekat dengan penginapan kami dan mudah pergi. Naik satu cruise je.

Tetapi Taronga Zoo adalah amat mengecewakan sebab haiwan-haiwan mereka seperti Wallaby (keluarga Kangaroo) dan Koala hanya tidur.

Kalau yang tak tidur seperti Kangaroo Tree pula, hanya nampak sayup-sayup. Gorilla yang mak saya nak sangat tengok, langsung tak nampak bayang.

Dek terlalu kecewa, kami berazam kena datang juga Featherdale Wildlife Park walaupun jaraknya lebih sejam perjalanan dan kena tukar beberapa train. Dan alhamdulillah terbukti berbaloi-baloi!

Cara pergi Featherdale Wildlife Park

Kami menaiki train dari Circular Quay train station.

Kalau nak mudah, Google sahaja Circular Quay to Featherdale Wildlife Park. Kami tukar train sekali dan kemudian ambil bas di Stand B (to Mount Druitt no 729)

Bas ini memang ada hentian berhenti betul-betul bertentangan pintu masuk Featherdale Wildlife Park.

Tips : Jika anda naik bas, masuk di pintu ‘Exit’ untuk lebih dekat dengan pintu masuk.

Beli Tiket

Di Sydney kebanyakan attraction untuk kanak-kanak ada tawaran harga pakej Family untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak. Biasanya anak umur 4 tahun ke bawah masuk percuma.

Pakej keluarga 2 dewasa + 2 kanak-kanak : $ 145

P.s : Untuk harga masuk lebih lanjut boleh rujuk website Featherdale.

Tips Koala

Waktu kami pergi di kira agak lewat. Kami sampai kalau tak salah lebih kurang jam 10:30 pagi.

Haiwan yang paling kami nak lawati adalah Koala sebab dikatakan Koala tidur 20 jam sehari. Kalau kena lagi waktu dia tidur, memang kecewa.

Fakta Koala

Jadi kami berjalan untuk ke arah penguin terlebih dahulu sebab kebetulan masa tu sedang sesi melihat penguin diberi makan. Dan masa ini lah kami nampak panjang orang beratur nak ambil gambar dengan Koala.

P.s : Ada beberapa booth khas yang disediakan untuk bergambar dengan Koala. Charge $20 dikenakan untuk gambar satu keluarga atau satu kumpulan maksimum 3 dewasa.

Wah! Koala di sini nampak aktif dan bergerak! Tapi sebab nampak barisan panjang, kami fikir nanti lah dulu.

P.s : Selepas itu barulah menyesal kenapa tak beratur sebab lepas tu Koala di booth tersebut dah tidur.

Ada booth lain Koala di belakang bahagian penguin. Koala di sini ada yang sedang aktif makan daun atas pokok. Di sini ramai pengunjung berebut nak ambil gambar Koala, termasuklah kami.

Puas hati dapat tengok Koala beraksi depan mata dengan jarak dekat.

aktiviti bersama anak-anak di Sydney
Untuk ambil gambar ini, satu family untuk satu gambar charged $20. Ianya di booth khas. Ianya turut disertakan dengan gambar besar (lupa saiz apa) dan softcopy yang boleh di muat turun menerusi link khas.

 

aktiviti bersama anak-anak di Sydney
Koala ini dah tidur

 

Macam bantal kekabu tidur atas pokok tinggi-tinggi

Bagi Kangaroo Makan

Sebetulnya yang kami bagi makan ini bernama Wallaby. Ianya ahli keluarga Kangaroo tetapi kecil sedikit berbanding Kangaroo biasa.

Wallaby kami nampak lebih aktif dan mesra pengunjung berbanding Kangaroo. Ia sangat mesra. Kami hulurkan bekas makanan, Wallaby tersebut boleh ambil sendiri pakai tangan dan biarkan kami usap kepala.

Memang teruja sungguh!

Ada satu lagi kawasan yang menempatkan Wallaby tetapi dalam kandang besar yang kami tak boleh masuk. Namun begitu kami tetap boleh bagi makan Wallaby menerusi lubang yang ada dan Wallaby di sini pun macam agak kelaparan.

Wallaby dan anaknya di dalam poket

Sedang asyik bagi makan, tiba-tiba muncul seekor Wallaby yang membuatkan kami semua teruja. Ianya ada anak dalam poket badannya!

Wah!!

Selama ini tengok dalam TV je.

Hari ini boleh tengok depan mata siap boleh pegang dan usap anak Wallaby yang sepanjang masa dalam poket ibunya.

Hannah jumpa Wallaby bersama anaknya di dalam poket

Saya turut ambil kesempatan untuk pegang dan seluk dalam poket Wallaby. Memang gebu!

Tapi tak berani nak seluk lebih-lebih risau Wallaby tersebut lari dari kami.

Poket Wallaby ini kalau anaknya tak menjengukkan muka, kita tak nampak di mana poket itu. Bila kepala anaknya keluar, baru perasan “Eh ada poket!”

aktiviti bersama anak-anak di Sydney Featherdale Wildlife Parkvwallaby anak
Wallaby dan anaknya upclose

Wallaby merupakan haiwan yang paling banyak berinteraksi dengan kami di sini.

Makanan boleh di beli di mana-mana mesin makanan dengan harga $2.

Mesin beli makanan untuk haiwan. Makanan adalah rumput kering di dalam cawan plastik.

Kadangkala ada nampak bekas makanan di letak di mana-mana tempat tanpa bertuan. Itu petanda ada orang tak dapat habiskan makanan untuk beri makan kepada haiwan, jadi orang lain boleh ambil tak perlu beli lain.

Haiwan-haiwan Lain

Haiwan-haiwan lain yang menarik dan semua pun boleh pegang termasuklah ayam, itik, kambing, biri-biri dan banyak lagi.

Ayam di sini tak serupa denga

n ayam di Malaysia. Badan ayam umpama di lukis dengan berus hitam putih.

Ini adalah ayam-ayam hidup.

 

aktiviti bersama anak-anak di Sydney Featherdale Wildlife Park adik baa
Maryam teruja jumpa biri-biri siap boleh pegang

Makan Tengahari

Selesai melawat semua binatang, dah agak macam letih dan perlu balik sebelum terpaksa bersesak train dengan orang balik dari kerja, kami singgah di kafe sebelum pintu keluar.

Macam biasa, yang boleh makan di sini adalah menu Fish and Chips. Chips nya sungguh banyak. Fish nya memang sedap.

Banyaknya chip. Ikut portion orang tempatan Sydney, mereka makan umpama 3-4 kali portion kami.

Overall memang puas hati ke Featherdale Wildlife Park berbanding Taronga Zoo. Anak-anak pun seronok sungguh sampai minta belikan berkali-kali makanan untuk Wallaby.

Kami tidak ke Sydney Wildlife Zoo. Jadi tak boleh nak compare dengan yang itu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang bakal ke Sydney bersama anak-anak kecil 🙂

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *