Aktiviti Latihan Menulis Anak 3 Tahun

Sebelum mahu anak memegang pensil warna, pen atau krayon; saya belajar yang kita perlu rangsang terlebih dahulu motor halus anak iaitu bermaksud kita perlu sentiasa praktiskan tangan anak-anak untuk aktif memegang barang.

Sebagai contoh, saya selalu beri peluang kepada baby Hajar (8 bulan) dan anak-anak yang lain untuk bermain :

  • meramas nasi
  • meramas mee
  • meramas oat
  • meramas kentang lenyek
  • eksplorasi barang dapur seperti memunggah besen dapur
  • eksplorasi barang dapur seperti memunggah peiuk dan kuali
  • bermain dengan air dan bekas minuman seperti pelbagai bentuk cawan plastik atau cawan melamin
  • bermain dengan penyepit makanan
  • main masak-masak playdoh
  • main masak-masak daun dan bunga
  • main masak-masak magnet

Dan banyak lagi yang berkaitan dengan tangan.

Main masak-masak juga sangat membantu menguatkan otot tangan

Aktiviti di bawah ini juga sangat bagus untuk bantu menguatkan motor halus dan otot tangan Hannah.

Ianya tidak membosankan tetapi secara pada masa yang sama menguatkan otot tangan Hannah sekaligus melatih dia untuk menulis dengan baik kelak.

cara melatih anak menulis

Guna penyepit keluarkan permainan kereta

Elakkan anak-anak kita untuk ‘swipe’ di gadget atau telefon pintar sebab aktiviti ini tak menguatkan otot di tangan yang diperlukan nanti untuk memegang pensil atau pen dengan kuat, atau memegang cawan dan pinggan dengan kuat.

Jika kita dapati anakk-anak dah mula mahu menulis tetapi tak mahu anak terlalu tertekan dengan aktiviti menulis atas kertas, boleh ajak anak-anak untuk menulis di atas permukaan bukan kertas iaitu seperti :

  • menulis di atas pasir menggunakan kayu ranting pokok, atau menggunakan kerang
  • menulis di atas nasi
  • menulis di atas sos
  • menulis di atas mayonaise
  • menulis menggunakan ‘q-tips’ dan warna air (watercolor)
  • menulis menggunakan kayu cucuk sate di atas playdoh

Untuk Hannah dan Maryam yang dah mula belajar memegang alat tulis dan mula nak menulis, selalunya mereka akan tulis apa sahaja yang mereka mahu, lukis mengikut buku dan paling kerap Maryam lakukan adalah menulis semula ayat-ayat ringkas di dalam buku ceritanya.

Hannah, 3 tahun masih melukis bulatan dan sekarang sedang masuk fasa menulis huruf ‘m’ sebabnya suka tengok Maryam tulis nama Maryam ada huruf ‘m’

Selain dari itu saya juga sediakan aktiviti menulis yang ‘customized’. Sebagai contoh saya sediakan aktiviti menulis bertemakan ladang yang ada gambar lembu, biri-biri, kuda dan ayam.

 

 

Hannah duduk di sudut sendiri untuk fokus melukis ikut garisan

Anak-anak suka sebab kami ada banyak buku bertemakan ladang, iaitu ‘farm’. Dan setiap buku ini pasti ada aktiviti membunyikan haiwan seperti lembu berbunyi ‘moo’, biri-biri berbunyi ‘baa’, ayam berbunyi ‘cluck’ dan banyak lagi.

Maryam melukis anak tangga

Saya turut sediakan aktiviti ini PERCUMA untuk anda. Ianya buat masa ini dalam bahasa english. Insya-Allah saya akan kemaskini dalam bahasa melayu.

Boleh muat turun aktiviti menulis tersebut di bawah.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares