Aktiviti Tambahan Maryam Mengaji

Nak mengajar Maryam ni kena kreatif sikit. Sejak Muhammad umur 6-7 tahun, saya dah berazam ajar anak takmau guna cara paksa atau jadi naga.

Penat ok marah-marah ni. Letih. Hilang tenaga je.

Maryam ni sifatnya agak ‘rebellious’.

Jadi saya pun perhati dulu apa benda yang Maryam suka. Mat saleh kata child-led learning.

Tapi bukan maksud kita biar gitu saja. Tapi diri sendiri tunjuk dulu menerusi ‘action’.

Budak kan lebih mudah mengikut bila dia nampak kita buat ‘rather than’ kita suruh-suruh saja.

Bila Maryam tengok Muhammad setiap hari ada sesi mengaji dengan Abi, Maryam pun nak.

Jadi Mak dia ni ber-eksperimen lah, dah alang-alang dia yang minta.

Boleh baca entry saya sebelum ini tentang macam mana saya dapat jumpa cara buat Maryam nak fokus dan ingat.

Untuk jadikan sesi mengaji tak bosan, saya ajak dia mewarna.

Buku ni menarik minat Maryam sebab berwarna. Tapi sesuai untuk aktiviti saja lah.

Yang ini saya minta dia bulatkan bunyi yang kami dah belajar ‘instead of’ tunjuk satu-satu huruf dan praktis ni apa ni apa. Tukarkan yang bosan menjadi sesuatu yang menarik.

Buku belajar mengaji budak-budak ni memang banyak rupa lah. Mana saya jumpa buku ajar mengaji, saya beli je. Saya tak obses dengan satu cara sahaja.

Dan buku-buku yang saya beli tu lah Maryam dok belek dan minta saya sebutkan.

Alhamdulillah syukur sangat Maryam nak beraktiviti dengan huruf hijaiyah ni.

Lepas ni kita menyanyi pulak ye 🤣

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares