Uncategorized

Al-Fatihah Buat Arwah Kak Khairina

Dapat email sebak pagi tadi. Ekceli beberapa hari lepas nampak kak Dila Uden update kat fb dia. Regarding ex-UTPians. Pasangan Indra dan Kak Khairina (Kay). Sy tak kenal sgt couple ni. Ni senior setahun kalau x salah.

Kedua-dua mereka terlibat dalam accident kereta dan lori, on the way nak pi KLIA. Bersama mereka ada baby umur setahun dan mak mertua. Dan akak tu tgh pregnant 4- 5 bulan.

*emel dr Akh Jada*

Assalamualaikum,

Just nak update, ana mewakili Alumni UTP hadir ke tahlil mlm tadi. Kami menyampaikan sedikit sumbangan dan sedikit nota kata2 semangat bagi menunjukkan sokongan dari Alumni dan sahabat handai beliau.

Kebetulan, ayah allahyarhamah rupanya sahabat ana, En Kamarudin Ali, yg merupakan kaki surau Rantau Bukit, di Perumahan Rantau Petronas Kerteh.

Esok ada lagi tahlil di rumahnya. Diceritakan emak Indra tenat di ICU. Kesian tgk Indra dan sayu tgkkan anaknya yg baru berumur 1 tahun 10 hari…diceritakan anak itu selamat kerana dipeluk arwah ibunya ketika hentakan kereta di belakang lori. Kebiasaanya anak itu berada di car seat belakang yg mana dah berlipat remuk car seat tu impak dari langgaran tersebut. It just happen that the poor cuty gurl nak tido dan nak dipeluk ibunya sebelum kemalangan….semua dah tertulis……sama2 kita doa…

*end of email*

Sedih… tak tahu nak kata apa… Kehilangan insan yang dicintai, seorang isteri pelengkap hidup, a true best friend yg tak pernah jumpa dalam dunia… Berat mata ni memandang, berat lagi bahu memikul :'(

Tak tahu nak bagi apa kat family ni. Kalau bagi duit pun, bukan boleh kembalikan nyawa kekasih…. Jom sama-sama sedekahkan al fatihah buat arwah Kak Khairina, dan sampaikan doa, moga suami nya Indra dan anak kecil diorang, Karmila tenang dan tabah menghadapi hidup yang mendatang..

Al-Faatihah..

Mode: saye sayang suami saye dan anak saye dan keluarga saye. Jom peluk suami sat lg dia balik kerja, layan anak elok2, jangan marah2 dia, dan layan keluarga kita sebaik mungkin, sebab kita tak tahu bila ajal bakal menjemput… Sobssss  :'(

Published with Blogger-droid v2.0.4

Similar Posts

One Comment

  1. Setiap ibu akn buat mcm tuh… memeluk erat anakanda tercinta utk melindungi dr mara bahaya walaupun terpaksa berkorban nyawa sndiri… anak tetap keutamaan… sdeh..sob3… T__T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *