Detoks Parasit | Eat Clean

Apa Itu Detoks Parasit? Part 1

Beberapa hari lepas saya ada cerita tentang Eat Clean kan?

Tapi Eat Clean ni kenal selepas saya berkenalan dengan konsep Detoks Parasit

Apa benda Parasit ini?

Parasit pada tubuh manusia adalah sejenis penyakit yg tersembunyi.

Simptom-simptom jangkitan parasit ni macam simptom penyakit lain, jadi tak ramai orang sedar sebenarnya mereka mengalami masalah parasit.

Parasit adalah organisma yg masuk ke dalam tubuh kita, hidup dengan memakan nutrient kita, dan meninggalkan toksin kepada kita!

Pendekata parasit umpama tetamu tak diundang yang menyusahkan.

Antara jenis2 parasit yg biasa menyerang manusia adalah:

1) cacing tambang (paru2 dan usus)

2) anisakis (cacing dalam ikan & biasa berpindah ke usus manusia bila makan ikan mentah)

3) cacing gelang (menyerang usus, paru2, otak & hati)

4) Acanthamoeba (bila tak bersihkan contact lense) dan banyak lagi.

Langkah pertama untuk elak parasit masuk dalam badan adalah dengan menjaga kebersihan terutama persekitaran dan makanan.

image
Jangan terpedaya dengan kecomelan cacing ini!

Petanda badan ada cacing dan parasit

Antara petanda lain badan kita ada cacing, termasuklah :

1) Bau badan busuk

2) Cepat letih

3) Cepat hilang fokus

4) Stredd

5) Tekanan perasaan

6) Sering sakit

7) Haid tak stabil

8) Teringin makanan manis

9) Eye floaters

Dan banyak lagi

Nanti saya sambung Part 2 ya 🙂

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *