Vitamin C | Vitamin E Complex

Apa Itu Radikal Bebas?

Dalam dunia vitamin dan nutrisi, antara istilah yang rasa komplikated dan sukar di fahami termasuk lah istilah radikal bebas (free radical)

Jom saya kongsikan apa itu radikal bebas, dan kenapa penting nya kita amalkan pengambilan supplement dalam kehidupan seharian.

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang tiada pasangan. Emm., macam mana ya nak cerita.

Senang cerita, setiap molekul ada pasangan positive (proton) dan negative (elektron). Tapi ada molekul wujud tanpa pasangan yang cukup. Molekul ini akan berusaha cari pasangan dan mengganggu molekul yang telah sedia berpasangan.

radikal bebas

Bila gangguan terjadi dalam tubuh, akan terjadi lah penyakit yang tidak diingini sebab keseimbangan molekul telah terganggu.

 

Bagaimana ia wujud?

Radikal bebas wujud di mana-mana; dalam udara, dalam benda-benda di sekeliling kita, dalam tubuh kita pun ada. Radikal bebas ni bahaya sebab ia menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan usia dan boleh menjadi punca sakit jantung, strok dan kanser

bagaimana ia wujud radikal bebas

Bahkan ada kes radikal bebas yang diwujudkan oleh sistem imun tubuh khas untuk meneutralkan virus dan bakteria. Namun yang boleh menjadikan lebih banyak radikal bebas adalah masalah persekitaran seperti pencemaran, radiasi, merokok dan semburan racun perosak.

Peranan Anti-Oksidan

Anti-oksidan yang femes termasuk lah Vitamin C dan Vitamin E. Kedua-dua vitamin ini membantu memelihara tubuh dari dirosakan oleh radikal bebas.

Anti-oksidan akan bertindak untuk meneutralkan radikal bebas, dengan cara menderma pasangan elektron kepada radikal bebas yang tak cukup pasangan elektron tadi.

radikal bebas dan anti-oksidan

Walaupun anti-oksidan ini menderma elektron kepada radikal bebas tadi, anti-oksidan ini tetap kekal stabil sebab memang sifat dia begitu. Anti-oksidan bertindak seperti pemburu yang membantu mengelakkan kerosakan sel dan tisu dalam tubuh.

Biasanya tubuh kita boleh handle radikal bebas. Tapi tanpa anti-oksidan, radikal bebas akan terkumpul menjadi banyak dan akan menyebabkan kerosakan kepada tubuh kita sendiri

Hubungi saya untuk order Shaklee ๐Ÿ˜€

iR Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 477 3457

Similar Posts