Breastfeeding Tips

Apa Nak Buat Kalau Bayi Menolak Direct Feeding?

Assalamua’laikum dan salam 21 Ramadan ! ❤

Entry kali ini diinspirasikan oleh salah seorang pelanggan saya. Bayi (anak pertama) beliau tanak direct feeding dan beliau tersangatlah down. Dengan susu sikitnya. Tapi beliau memang bersungguh-sungguh nak menyusukan bayi pertama dalam keluarga diorang.

Saya pun dengan bersungguh-sungguh jugak psycho dan motivate beliau sehabis baik sebab kekadang dia kata rasa macam dah nak give up.

Tapi long story cut short. Alhamdulillah, at last ! Bayi comel beliau berjaya jugak direct feeding setelah saya bagi cadangan buat satu teknik nih. Tak dapat nak gambarkan betapa gembiranya saya apatah lagi si ibu.

Nak tahu apakah teknik tersebut? Okay meh nak share beberapa tips dan teknik tersebut:

Tips #1: Jangan paksa

Kalau bayi anda tamau direct feeding, saya merayu jangan paksa. Kalau lagi anda paksa, lagi bayi tamau. Normallah, fitrah manusia tak suka dipaksa. Hehe.

Sebab penyusuan ini perkara fitrah, jadi biarlah bayi anda nak direct feeding secara fitrah juga. Tapi acaner nak bagi bayi ni direct feeding secara natural nih? Keep reading guys. 👇

Tips #2: Emosi

Penyusuan dan emosi adalah dua perkara yang saling berkaitan. Saya tahu memang stress gile kalau bayi tamau direct feeding. Ada ke patut bayi tanak direct feeding. Sedap tau susu ibu nih. Segar dan terbaik dari ladang. 😋

Jadi anda wajib sabar, gigih dan teruskan perjuangan anda sehingga berhasil. Jangan negatif. Jangan give up. Please. Setiap kesusahan itu Allah dah sediakan sekali kemudahan. Cuma kita kena usaha ya ibu-ibu. La tahzan. Jangan bersedih.

Tips #3: Urutan Payudara

Tujuan utama urutan payudara dilakukan sebab nak memudahkan pengaliran susu.

breast massage

Tips #4: Kedudukan penyusuan

Boleh jadi bayi anda tamau direct feeding sebab tak selesa dengan cara anda pegang semasa menyusu. Haa, yang ni anda kena pepandailah experiment yang mana selesa untuk bayi dan juga anda.

feedposi

Tips #5: Latch on (lekapan)

Elok kita cek. Betul ke tidak cara bayi kita nak latch on. Maybe cara bayi hisap tak berapa nak effektif, boleh jadi bayi pun tolak direct feeding.

open-uri20140815-3472-11mfsyk

Tips #6: Teknik Skin to Skin Contact

Asalnya ibu ni ingat sebab miss nipples dia kecil, sebab tu bayi takmo direct feeding. Salah sama sekali ! Jadi saya nasihatkan buat skin to skin contact. Ibu ni mesti tak pakai bra dan bayi pakai pampers je.

Pastu dakap dan peluklah bayi anda itu seerat-erat yang mungkin ke breast anda. Memang mother-baby-bonding-time betullah. Serius bayi mesti suka punya.

Al-kisah pelanggan saya first time buat, beliau kata macam takde hasil. Tapi alhamdulillah, setelah 5 hari beliau buat tanpa culas. Bayi beliau nak direct feeding. Alhamdullillah sangat tau berhasil teknik ni.

Terharu sesangat. Memang ibu ni antara pelanggan yang saya tak sempat follow up. Beliau sendiri akan bagitau sendiri perkembangan. Sentiasa. Nah bukti screenshot.

Kalau ikutkan hati, nak je screenshot semua conversation dengan beliau. Hehe. Boleh ibu-ibu kat luar sana pun akan terinpirasi dengan semangat dan kegigihan beliau. Dan juga kegigihan saya (eh nak jugak, hehe).

2015-07-08_12.37.28

Tips #7: Doa

Seperti biasa. Usaha dan doa wajiblah seiring. Berdoa dan usaha bersungguh-sungguh semoga bayi anda mahu direct feeding dan anda berjaya menyusu sehingga bayi anda umur 2 tahun. Semoga Allah makbulkan doa kita semua ya.  😍

 

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada anda.

 

Ingin membeli supplement Shaklee? Hubungi saya

admin-ajax.php

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *