Apa Yang Menarik Untuk Anak Kecil di Miyajima, Hiroshima

Miyajima merupakan sebuah pulau yang terletak di bandar Hiroshima. Antara yang menjadi tumpuan pelancong adalah Torii Gate iaitu pintu temple yang umpama terapung di tengah lautan.

Kami ke Miyajima pada musim sejuk bersama 3 anak kecil. Anak-anak memang suka Miyajima. Sebolehnya kita bermalam satu malam di pulau ini untuk explore satu pulau sebab ada pelbagai attraction termasuk cable car.

2 perkara yang menarik perhatian kami :

(1) Rusa bebas

Sebaik sahaja turun dari feri Miyajima dan menuju ke pekan pintu masuk, kawanan rusa akan menyambut kedatangan anda.

Awas, rusa-rusa ini walaupun nampak jinak, jangan di layan sangat, nanti dia tak mahu lepaskan anda.

Semua benda pun rusa-rusa ini makan termasuklah kertas guide kami. Bahkan apa sahaja benda yang kita tak jaga, rusa-rusa ini akan cuba kunyah iaitu seperti Boba kami.

Tapi anak-anak memang teruja sebab boleh pegang dan bermain dengan rusa.

(2) Torii Gate

Torii Gate ini, dia macam pintu masuk ke sebuah temple. Setiap temple memang ada gate dia.

Tapi ia menjadi salah satu tourist attraction sebab ia terletak di kawasan laut. Bila air pasang, ia kelihatan seolah-olah macam binaan terapung.

Tapi bila air surut, kita nampak base dia.

Oleh kerana kami tak buat research tentang masa air pasang dan surut, jadi, kami sampai pada waktu air surut.

Tapi being me, saya yang sangat curious, saya memang suka lah tengok kat mana base gate tu. Anak-anak seronok nak berlari di kawasan yang sedang surut.

Jom saya kongsikan sedikit gambar-gambar kam di sana.

image

image

Kepulauan Miyajima ini juga dikenali sebagai deer land, rasanya lah.

Once kita keluar je dari stesen feri, maka banyak lah rusa welcome kita.

Ok, mula-mula comel.

image

Lepas itu, ia menjadi pengalaman menakutkan sebab rusa ni dia makan apa saja termasuk kertas!!

Bayangkan, kami dengan stroller dan bekalan makanan dalam stroller.

Terpaksa lari jauh-jauh takut rusa nak makan makanan kami.

image

Rusa-rusa di Miyajima ini sangat lah jinak.

image

Ok itu saja buat masa ini 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares