Apakah Itu Aurora?

10 tahun yang lepas saya tak pernah tahu apa itu Aurora. Hanya beberapa tahun selepas itu baru saya dengar-dengar namanya dan mula buat sedikit bacaan.

Antara yang membuatkan saya teruja sungguh nak jumpa Aurora adalah selepas saya ikuti kisah kawan saya bertemu Aurora di langit penuh bintang bertaburan.

Subhanallah bintang-bintang di sini penuh langit dan rasa macam sangat-sangat dekat, bagai boleh di gapai begitu sahaja. Tak pernah jumpa yang sebegini.

Cuba lah kawan-kawan datang ke sini, pasti rasa berbeza 💓

Berbalik kepada apa itu Aurora.

Cahaya Aurora atau lebih dikenali dengan nama Aurora adalah cahaya yang tiba-tiba muncul di langit di negara-negara kutub utara dan kutub selatan.

Gambar kami dari Svolvaer, Lofoten, Norway

Hanya di tempat tertentu sahaja boleh jumpa. Tempat lain memang tak jumpa.

Lain dari cahaya biasa, Aurora ini biasanya bergerak-gerak.

Adakalanya ia nampak meliuk-lintuk membesar mengecil, juga membelah kepada beberapa bahagian pada masa yang sama; hingga seringkali disifatkan yang Aurora ini juga bagai menari di langit gelap pekat.

Gerakannya sempurna dan tidak rawak. Bagai di atur penuh teliti.

Subhanallah sangat-sangat-sangat.

Kebiasaannya Aurora berwarna hijau atau ungu, dan ianya biasa kelihatan pada malam hari.

Kalau nak jumpa Aurora ini biasanya langit perlu kosong dari awan sebab ia dikatakan terletak di langit yang ketujuh.

Kiranya kalau langit nampak bintang, insya-Allah mudah jumpa Aurora.

Bagaimana Aurora terjadi?

Mudah cerita, begini.

Matahari kita meletup setiap hari. Letupan ini menghasilkan angin suria yang mengandungi partikel tertentu. Letupan yang sangat kuat pula menghasilkan angin suria yang sangat kuat macam angin taufan.

Angin taufan matahari ini sangat laju bergerak dan secara tak langsung akan menghentam planet-planet dalam sistem suria kita.

Angin taufan matahari ini juga nak menghentam bumi.

Tapi sebab bumi ada lapisan atmosfera sebagai perisai dan pelindung, angin taufan itu jadinya hanya bergeser saja dengan atmosfera tadi.

Dan geseran ini lah yang menghasilkan cahaya Aurora yang sangat cantik dan menari-nari.

Wahhhh sangat kan 😍

Gambar ini kredit kepada : https://www.mlive.com

Kenapa Malaysia Tiada Aurora?

Fenomena ini hanya berlaku di kutub utara dan kutub selatan sebab di situ lah kutub magnet bumi yang paling kuat.

Kutub-kutub ini lah yang ter-menarik partikel dari angin taufan tersebut.

Macam magnet biasa juga, bahagian yang paling kuat nak menarik besi adalah bahagian kutub magnet kan. Bahagian lain biasa-biasa saja.

Mesti Tahu : Aksesori Untuk Ambil Gambar Aurora

Syukur ramai pelancong, pengembara dan penduduk tempatan tempat tersebut; yang pernah bertemu dengan Aurora berkongsi pengalaman mereka di internet, forum dan ‘Group’ Facebook.

Kami banyak belajar dari sini. Suami juga banyak berguru dengan rakan jurugambar kami.

Kalau nak ambil gambar Aurora, elok gunakan kamera yang betul-betul kamera, bukan bergantung kepada kamera telefon.

Kalau bawa telefon sahaja sebagai kamera, di bimbangi kita akan kecewa sebab telefon tak dapat nak ubah suai beberapa parameter yang diperlukan untuk tangkap imej Aurora yang bergerak.

Saya pernah kongsikan gambar telefon saya cubaan ambil gambar Aurora. Apa pun tak nampak.

Kamera yang kami gunakan adalah Sony RX-100, ia mampu mencerap cahaya dalam pekat malam.

Alhamdulillah kamera ini dapat tangkap gambar aurora, cuma pengajaran buat kami, lain masa nanti mesti kena bawa tripod yang tinggi dan buat carian kamera yang boleh buat ‘time-lapsed’.

Insya-Allah lain masa saya kongsikan cara kenal pasti Aurora di langit dan sedikit ‘setting’ kamera yang suami buat untuk dapatkan imej aurora 😍

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares