anakku sayang

Asal Usul Nama Hannah, Our New Sweetheart

Alhamdulillah kami telah dikurniakan dengan hadiah terindah pada pagi 3 September 2015.

Seorang puteri solehah ahli syurga Firdaus 🙂

Ameen.

Ok baby ketiga ni, asalnya memang kami tiada idea nak bagi nama apa.

Sungguh tiada idea. Nama yang kami brainstorm macam kurang matching atau kurang masuk.

Brainstorm Nama Baby

Maksudnya bila kita sebut nama tu, hmm, macam tak fit je dengan baby ni.

Kita akan tahu that feeling bila saat nak menamakan baby nanti 😛

Di takdirkan baby kami sampai ke minggu ke 38 pun, masih belum lahir.

Ya, ia belum capai minggu ke 40, tapi saya dah tak sabar sungguh nak jumpa baby, lebih-lebih lagi bila tengok gambar scan baby yang sangat chubby.

Macam-macam cara dibuat, baby tetap tak mahu keluar.

Akhirnya saya suarakan pada suami, agaknya baby ni tunggu nama kot.

Jadi kami pun mula brainstorm. Haha.

Antara nama yang keluar termasuk lah Insyirah, Aisyah, Sofiyyah.

Tapi semua macam kurang match.

Belum fix.

Tiba-tiba satu malam, terasa, eh, nama kan Asma’ lah kot. Ok yang ni rasa macam ok, fix, walaupun masih rasa kurang sesuai.

Asma’ sempena nama puteri Khalifah Abu Bakar.

Lepas terasa macam nak bagi nama Asma’, baru contraction mula datang, itu pun kejap ada, kejap tiada.

Dalam hati rasa, kalau bukan nama Asma’, nama apa lagi.

Tiba-tiba rasa nama Asma’ tak masuk dengan baby ni.

Wah, ingat senang ke nak namakan baby.

Tak pe lah, nanti baby dah keluar, kita finalized lah.

Ok.

Alhamdulillah baby keluar pada 38 weeks 3 days.

Bila baby keluar, Subhanallah, cantik sangat tengok baby. Putih kemerahan, sampai at once terlintas nama Humaira untuk baby.

Tapi tetap rasa tak match.

Jadi, baby lahir pun masih belum ada nama.

Lepas baby lahir, call mak nak beritahu tentang kelahiran baby.

Tiba-tiba mak cakap apak nak namakan baby kalau kami masih belum ada nama.

Hah, apa lagi, saya pun excited lah nak tahu nama apa.

Hannah!

Wowwww!!! Cantik sangat nama tu. Matching sangat dengan baby ni. :’)

Nama yang sebut, macam feminine, lembut, sweet, macam baby ni.

Kenapa Apak Berkenan Nama Hannah

Adik ipar saya orang Syria, dan selalu ajar mak ngan apak Tafsir Quran.

Selepas selesai belajar tafsir Fatihah, apak minta belajar tafsir surah Maryam.

Dari surah Maryam, apak ngan mak belajar tentang keturunan Maryam.

Nama ayah Maryam adalah Imran, dan nama ibunya adalah Hannah.

Pasangan Imran dan Hannah adalah sangat kuat beribadah. Walaupun begitu, mereka tak pernah dikurniakan zuriat.

Sehingga suatu hari Hannah bernazar, andai dia mengandung, dia nak serah anak dia untuk Allah.

Tiba-tiba, anak yang dikandung nya bukan anak lelaki, tetapi anak perempuan, yang dinamakan Maryam dan akhirnya menjadi ibu kepada Nabi Isa a.s

Kira Hannah adalah nenek kepada Nabi Isa a.s

Ramai juga keluarga Hannah di kalangan nabi; antaranya Nabi Zakaria dan Nabi Yaakub
Kagum sangat dengan kesabaran Hannah dan kuat ibadahnya, apak pun berkenan dengan nama Hannah.

Hannah bukan bahasa Arab. Maryam pun bukan merupakan bahasa Arab.

Kedua-duanya adalah bahasa Hebrew.

Dan 25 rasul pun, hanya 4 sahaja yang Arab.

Saya baru tahu perihal ni.

Semoga Hannah bt Muhammad Firdaus menjadi anak yang rapat dengan Allah, menjadi ahli syurga, dipelihara maruah dan aqidahnya, murah rezeki dunia dan akhirat.

Terima kasih juga untuk doa kalian 🙂

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *