Aurora : Kenapa Kamera Telefon Tak Dapat Ambil Gambar

Ini view dari tingkap bilik atas kabin hotel kami. Ini lah rupa bila ambil gambar guna iPhone. Apa pun tak nampak. Aurora sedang datang dan cahayanya sedang membesar kala gambar ini di ambil.

Hanya dari tingkap bilik dah nampak sangat-sangat. Tapi tunggu gambar kamera suami.

Maryam dah ‘done pose with Aurora’ Nak main dalam rumah pula.

Tunggu gambar dari kamera suami nanti.

Kamera telefon ada banyak kekangan terutamanya ianya tak dapat nak mencerap cahaya, bahkan perlukan cahaya untuk ambil imej gambar. Aurora pula ia tak memancar seperti cahaya matahari, ia umpama cahaya dari bintang. Kalau kita nak ambil gambar bintang guna kamera telefon pun, biasanya akan nampak gelap saja, kan.

Dan juga kamera telefon tiada ‘setting’ boleh ubah seperti ‘setting’ fokus, ISO yang tinggi dan macam-macam lagi. Nanti saya kongsikan perihal kamera kami untuk Aurora

Alhamdulillah kali ini Maryam berjaya tahan ngantuk dan bergambar bersama Aurora.

Percutian kami ke Lofoten ini bukan lah semata-mata cari Aurora 😂

Tapi syukur Alhamdulillah rezeki anak-anak terjumpa cahaya ciptaan Allah ini ❤️

Picture taken just now :
7 Feb, 9:10 pm
Anker Brygge Rorbu, Svolvaer, Lofoten, Norway

Temperature :
-2C, feels like -8C

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares