Kenapa Shaklee? | Muhasabah

Baca Yasin & Solat Hajat

Semalam saya COD dengan salah seorang pembaca Diary of Muhammad. Beliau mendapatkan Vivix untuk isteri tersayang yang sedang pulih dari kanser rahim tahap ke – 4.

Nota: Anda dijemput baca entry tentang Vivix dan kanser untuk maklumat lanjut tentang bagaimana Vivix membantu kanser

Tempoh hari pun ada seorang suami mithali mendapatkan Vivix untuk isteri tersayang dan hari-hari sebelum ini juga terdapat ramai pembaca Diary of Muhammad yang mendapatkan Shaklee untuk memperbaiki situasi kesihatan dan pelbagai tujuan lain.

COD di sini semalam
COD di sini semalam

Hati saya sangat tersentuh terutama dengan situasi kritikal seperti kanser, lebih-lebih lagi bila ia berkait dengan wanita.

Saya teringat mak apak saya, pasangan yang sangat rapat dan romantis, tak boleh berenggang dan sentiasa bersama.

Saya sangat berharap moga Allah yang Maha Menyembuhkan, sembuhkan lah, kerana masih ramai yang sayang..

Mari kita sama-sama sedekahkan Yasin dan Al-Fatihah untuk mereka.

doa diary of muhammad

Jika ada kelapangan, kita solat hajat sekali untuk mereka.

Yasin bantu lancarkan urusan

Jangan salah faham ya, bacaan Yasin dan Al-Fatihah bukan hanya untuk orang yang telah meninggal dunia.

Ia membantu meringankan beban dan membuka jalan yang buntu.

Saya sendiri setiap hari akan sedekahkan bacaan Yasin kepada diri saya sendiri selepas subuh.

Alhamdulillah urusan harian terasa lebih lancar dan penuh magic bila dimulakan dengan bacaan Yasin.

Yasin dikatakan hati Al- Quran, dan surah Al – Fatihah pula dikatakan ibu Al – Quran.

Doa untuk pembaca Diary of Muhammad

Tak lupa juga kita doakan agar semua pembaca blog Diary of Muhammad sentiasa diberi kesihatan terbaik dan petunjuk dalam setiap saat kehidupan kita.

Moga yang sakit menjadi sihat, yang sempit dilapangkan urusan, yang susah dimudahkan.

Kita usaha terbaik, dan serahkan semuanya kepada Allah.

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *