Breastfeeding Tips

Badan Letih Punca Berhenti Penyusuan Susu Ibu? 

Menyusukan anak sulung lelaki merupakan salah satu episod paling mencabar dalam dunia penyusuan saya. 

Apa tidaknya, beliau mahu menyusu selang setengah jam tidak kira siang atau malam. 

Dan bila menyusu, beliau pasti menyusu dalam tempoh yang lama. 

Setiap bayi mempunyai corak penyusuan yang berbeza. 

Cabaran saya yang sebenar waktu itu bukan terletak kepada kuantiti susu kerana susu saya sewaktu itu sentiasa melimpah, bahkan bocor semasa anak tidak menyusu. 

Tetapi cabaran yang membuatkan saya sendiri hampir berputus asa meneruskan penyusuan anak di waktu itu adalah bila mana tubuh saya telah sangat letih. 

Beberapa kali terdetik di hati saya untuk suakan sahaja susu formula di pasaran. 

Menyusukan anak ini boleh diumpamakan sebagai membuat larian kecil atau berjogging. 

Bayangkan jika kita dikehendaki berjogging setiap setengah jam. 

Dan setiap kali sesi jogging, kita dikehendaki berjogging selama 30-45 minit. 

Sebab itu rata-rata ibu yang menyusukan anak berjaya menguruskan badan dengan cepat, aktiviti menyusu itu sendiri membakar banyak kalori. 

Ia memang meletihkan. 

Pada waktu itu, suami berterusan memujuk saya untuk bertahan.

Sehingga ke tahap suami sanggup berjaga di tengah malam selepas saya selesai menyusukan anak, untuk dia pula menjaga anak kerana saya sangat keletihan dan perlukan rehat. 

Pada masa yang sama kami mencari cara, bagaimana untuk menyusukan anak, tetapi badan tidak letih. 

Salah satu nasihat yang saya dapat pada waktu tersebut adalah dengan membanyakkan minum air kosong. 

Kita biasanya letih kerana kekurangan air atau dehydrated. 

Namun masalah saya ketika itu adalah, minum air kosong merupakan salah satu kelemahan terbesar saya. 

Saya memang kurang gemar air kosong. Rasa bagai tidak boleh masuk tekak. 

Jadi saya cuba cari lagi cara lain. 

Cari punya cari, akhirnya saya dipertemukan dengan supplement kesihatan yang dikatakan mampu memberi tenaga kepada ibu menyusu. 

Seumur hidup saya,  saya tidak pernah makan supplement, tetapi oleh kerana ia diperkenalkan oleh rakan saya, saya terbuka hati untuk mencuba. 

Pada waktu itu, saya membeli supplement tersebut dengan harga RM 160 untuk setin. 

Harga bukan sebuah isu. Yang penting masalah saya yang cepat letih semasa menyusukan anak, selesai. 

Malam itu saya bancuh supplement tersebut bersama segelas air coklat. 

Sedap rasanya minum air coklat suam yang dibancuh bersama supplement. 

Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama, esok paginya saya rasa lebih segar dan bertenaga. 

Syukur Alhamdulillah. Banyak pahala kawan-kawan saya yang berkongsi tentang kebaikan supplement tersebut. 

Tiada lagi keluhan saya semasa menyusukan anak. 

Tiada lagi detik hati mahu beri susu formula kepada anak saya. 

Biarlah kerap mana pun anak saya menyusu pada waktu itu, Alhamdulillah dengan izin Allah, apabila saya amalkan supplement tersebut, saya kekal rasa cergas dan bertenaga. 

Supplement tersebut adalah ESP dari Shaklee. 

Sampai sekarang pun saya masih amalkan minum ESP, terutamanya di bulan Ramadhan yang sangat menuntut tenaga yang tinggi dari  ibu menyusu

Jika anda pun mahu cuba supplement yang bernama ESP ini, boleh Whatsapp kepada 0194773457. 

Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian ini 🙂 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Whatsapp : 0194773457 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *