Bisnes Dari Rumah

Bagaimana Blog Bantu Saya Jana 4-Angka Sebulan

Ada pelbagai cara untuk jana pendapatan di dalam dunia online.

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran media sosial baru seperti Instagram dan Facebook, makin ramai rakyat Malaysia mula ‘cari makan’ melalui medium online.

Saya dulu pun bermula dengan medium Facebook.

Bisnes Islamic Books for Kids kami berkembang dengan menggunakan Facebook Page.

Saya mula naik pangkat pertama hingga pangkat ketiga di dalam Shaklee asbab menggunakan Facebook peribadi & Facebook Page sebagai medium jualan.

Sehingga lah pada suatu ketika, pemasaran di Facebook untuk bisnes Shaklee saya semakin kurang menyengat.

Oh, panik mula menghantui diri.

Long story cut short, asbab ini lah saya mula minta suami untuk ke kelas blog anjuran Denaihati Network.

Sebab apa saya mula minta suami timba ilmu blog?

Sebab upline kami memang dah berbuih mulut lama dah suruh bina bisnes menggunakan blog, kami buat kisah tak kisah je.

Dan sementara kami di landa badai ujian bisnes merudum, upline kami yang memang bina bisnes menggunakan blog, sedang dengan bahagia  mengutip hasil jualan dari blog mereka setiap bulan.

Urgh.

Masa ini, menyesal tiada gunanya.

Siapa suruh tak dengar cakap.

Bagus kami ambil sahaja tindakan sekarang berbanding menyesal lagi 3-5 tahun akan datang.

bagaimana-blog-jana-pendapatan

5 Sebab Kenapa Blog Adalah Medium Pemasaran Yang Power

 

Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang pernah buat bisnes menggunakan medium Facebook dan medium blog.

Kami dapati medium blog adalah sangat hebat.

Nak tahu kenapa?

Mari baca 5 sebab di bawah.

#1 : Market Yang Desperate

Desperate di sini maksudnya prospek tersebut betul-betul sungguh-sungguh mahu dapatkan produk kita.

Mana ada orang saja-saja masuk laman Google dan taip ‘cara hilangkan jaundice bayi’

Betul betul?

Google bukan tempat scroll newsfeed macam Facebook.

Hanya bila kita betul-betul ada masalah, baru lah kita akan buka laman Google.

Google : Orang tersebut taip masalah beliau, Google cadangkan blog kita, dia masuk blog kita.

Facebook : Orang tersebut scroll Facebook sambil isi masa lapang, terbaca (by accident/sebab kita spend duit banyak) post kita, dan rasa macam nak beli ke, tak?

Nampak beza dua di atas?

Google berkonsepkan kepada ‘orang cari kita.’

Facebook pula berkonsepkan ‘nasib lah kalau orang jumpa kita.’

#2 : Capaian Yang Luas Tanpa Keluar Belanja

Kalau anda Google ‘cara masak nasi ayam’ dan jumpa blog yang ajar cara masak nasi ayam, belum tentu anda dan penulis blog adalah dalam negeri yang sama, betul-betul?

Tulisan kita di blog akan reach sesiapa sahaja yang sedang mencari solusi, tak kira di mana dia berada.

Berbeza dengan Facebook Wall, post kita hanya akan reach Friends kita, itu pun bukan 100%

Dan satu perkara paling best adalah, dengan blog kita tak perlu keluar satu sen pun untuk reach potential customer.

Bukan seperti buat iklan di Facebook Page.

Mereka hanya perlu taip, dan jika kita ada tulis entry yang membantu mereka, Google akan senaraikan blog kita untuk di baca.

#3 : Tulisan di Blog Adalah Kekal

Apa yang kita tulis di blog akan kekal sampai bila-bila.

Apa yang saya tulis pada 4 November hari ini akan kekal di dalam simpanan Google walaupun 4 November 2050 nanti. (Jika Google masih wujud)

Jadi saya tidak perlu berulang kali tulis di blog tentang entry yang sama.

Saya hanya perlu banyakkan entry yang bertemakan tema yang sama.

#4 : Pujuk Bakal Pelanggan Tanpa Berbalas Message di WhatsApp/SMS

Contohnya saya ingin bantu ibu-ibu yang anaknya ada masalah jaundice.

Saya cadangkan produk Alfalfa.

Selain dari tulis entry bertajuk ‘cara hilangkan jaundice bayi‘, saya juga  tambah entry :

  1. Apa itu Alfalfa – kandungan Alfalfa
  2. Jenis-jenis jaundice
  3. Testimoni-testimoni ibu-ibu yang telah amalkan Alfalfa
  4. Etc

Pembaca blog kadangkala mahu baca banyak entry dan info sebelum buat keputusan membeli.

Bukan kah lebih mudah apabila saya sediakan semuanya di dalam blog saya?

Nampak di sini?

Saya tidak perlu pujuk bakal pelanggan dengan lebih lama di medium WhatsApp atau SMS, tetapi mereka telah pun di pujuk melalui beberapa entry saya di blog.

Kebiasaannya pelanggan dari blog akan WhatsApp untuk terus membeli.

#5 : Passive Income

Mengikut pengalaman saya buat bisnes Shaklee, apabila saya menjadikan blog sebagai alat pemasaran utama, blog ini membolehkan saya menjana passive income.

Sebagai contoh, tahun 2013-2014, saya sangat kerap kemaskini blog dengan beberapa entry.

Tahun 2015, saya bercadang untuk berehat sebentar untuk reflect perjalanan bisnes.

Tetapi syukur alhamdulillah dalam rehat-rehat itu, WhatsApp saya tetap menerima pertanyaan tentang produk Shaklee bertalu-talu.

Ingat, waktu itu saya ingin berehat, dan aktiviti promosi saya hampir tiada.

Bagaimana orang tetap tahu saya buat Shaklee?

Ya, entry yang saya tulis pada tahun 2013-2014 masih wujud. Bila orang taip masalah mereka, mereka akan bertemu entry saya.

Kalau orang taip tentang kanser, kebiasaannya akan jumpa entry saya berkaitan produk bernama Vivix.

Kalau orang taip mengenai cara hilangkan keputihan, kebiasaannya Google akan cadangkan mereka untuk baca entry saya yang mencadangkan produk Alfalfa dan Garlic.

Memang tak sangka.

Mahu Cuba Buat Bisnes Menggunakan Blog?

Paling mudah, anda boleh cuba bina blog dengan menggunakan platform blogspot.

Jika tak pasti bagaimana mahu bina blospot, anda boleh belajar di www.blogger.com

Saya lebih gemar WordPress

Blog saya menggunakan WordPress sebab saya sukakan rupa WordPress.

Anda boleh dapatkan klik video – video panduan bina blog WordPress.

Dah Bina Blog, Tapi Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa?

Jika anda berminat nak cuba buat jana pendapatan sampingan menggunakan blog, tetapi tak pasti nak cuba bisnes apa, saya cadangkan anda join team saya buat bisnes Shaklee.

Bisnes Shaklee sangat sesuai untuk anda yang suka cabar diri sendiri.

Ya, alhamdulillah bisnes ini beri pulangan kepada saya stabil 4-angka sebulan.

Insya-Allah, jika anda bersungguh, pasti anda pun akan capai seperti saya.

Untuk daftar menjadi ahli Shaklee, anda boleh daftar sendiri secara online, rujuk tutorial cara daftar jadi ahli Shaklee sendiri secara online.

Anda juga boleh Whatsapp ‘Saya nak buat bisnes Shaklee’ di 019 695 3317

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

  1. Betul puan, blog adalah pemasaran terbaik untuk bagi keterangan produk, kongsi pengalaman dan jualan. Sebab pelanggan akan lebih rasa personal touch melalui blog.

    Kita ada kawalan 100% pada artikel dan blog. Kalau Facebook, risiko kena banned dan flag adalah tinggi jika tidak ikut polisi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *