Kanser terjadi disebabkan oleh sel dalam badan yang rosak dan tidak melalui proses mematikan diri yang dinamakan apostosis
Health - Cancer | Vivix

Bagaimana Kanser Terjadi | #InfoKanser

Kanser terjadi disebabkan oleh sel dalam badan yang rosak dan tidak melalui proses mematikan diri yang dinamakan apoptosis

Siapa yang tak gerun bila dengar perkataan kanser. Memang tak dinafikan ada yang berjaya sembuh… tapi ramai juga yang menghembuskan nafas terakhir disebabkan kanser.

Kalau melihatkan statistik WHO, kanser merupakan antara penyebab utama kematian di dunia (sekitar 13% pada tahun 2008 dan terus meningkat). Merokok merupakan antara punca utama kanser yang menyumbang kepada 22% kes kanser di seluruh dunia dan 71% kematian daripada kanser paru-paru.

Kalau anda, suami anda, atau kaum keluarga anda merokok… Silalah nasihatkan mereka untuk berhenti merokok! 🙂

Walaupun merokok merupakan punca utama kanser, semua orang ada kemungkinan boleh terkena kanser. Tak kiralah anda muda atau dah berusia, lelaki ataupun wanita.

Nota: Entri ini agak panjang. Hanya teruskan membaca sekiranya anda betul-betul nak tahu bagaimana kanser terjadi…

Bermula Daripada Sel Yang Rosak Menjadi Ketumbuhan

Setiap sistem dalam tubuh kita terdiri daripada binaan sel-sel yang kecil. Selepas 21 hari, setiap sel tersebut akan mati (proses ini dipanggil Apoptosis) dan diganti dengan sel yang baru. Kanser terjadi apabila ada sel yang sepatutnya mati, tapi tak mati. Sel ini dipanggil sel yang rosak.

Pada asalnya sel yang rosak ni tak merbahaya. Tapi oleh kerana ianya rosak, kadang-kadang ada sel ini yang akan menduplikasikan diri tanpa henti. Lepas 21 hari pun takde yang mati.

Semakin lama, sel yang rosak semakin membesar dan menjadi ketumbuhan ataupun dalam bahasa medic, tumor.  Ketumbuhan masih tak dikategorikan sebagai merbahaya kerana ianya localize dan boleh dibuang melalui pembedahan.

Nak lagi mudah faham, boleh rujuk gambar rajah di bawah (credit – Cancer Research UK).

Kanser bermula apabila sel yang sihat menjadi rosak dan mula menduplikasikan diri tanpa kawalan

Kebiasaannya, sel yang rosak akan mati. Tapi kadang-kadang ada set rosak yang tak mati.

Sel yang rosak menduplikasikan diri

Semakin lama, sel yang rosak semakin banyak kerana ia menduplikasi diri sendiri

Permulaan Kanser Yang Merbahaya

Kondisi akan mula bahaya apabila sel yang rosak ini berkembang dan mengganggu susunan tisu di dalam badan. Apabila semakin membesar, kumpulan sel yang rosak ini juga akan memerlukan oksigen lalu menarik salur darah baru untuk terbentuk.

Dengan adanya salur darah yang bersambung dengan kumpulan sel rosak tersebut, maka bermulalah fasa yang berbahaya. Sel-sel yang rosak tersebut akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke kawasan-kawasan lain di dalam badan dan menyebabkan kanser.

Untuk memudahkan anda faham, saya kongsikan gambar di bawah (credit – Cancer Research UK).

Sel-sel yang rosak bergabung membentuk tumor

Tumor akan 'menarik' salur darah untuk mendapatkan oksigen dan zat lantas menyebabkan ianya semakin membesar

Apabila tumor telah bersambung dengan salur darah, sel-sel yang rosak akan memasuki salur darah dan bergerak ke seluruh badan

Bagaimana Sel Boleh Rosak

Punca kanser dipanggil ‘Carcinogen‘ (dalam Bahasa Melayu – karsinogen). Antara jenis-jenis karsinogen:

  • Rokok
  • Radikal bebas
  • Cahaya matahari
  • Diet yang tidak seimbang
  • Gaya hidup yang tak sihat
  • Genetik
  • Dan banyak lagi…

Sekiranya anda tak merokok, menjaga pemakanan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda tetap terdedah kepada serangan radikal bebas dari alam persekitaran yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

Adalah hampir mustahil untuk anda elak daripada radikal bebas. Sebab itulah anda perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan Anti Oksida ataupun suplemen seperti Vitamin C, Vitamin E dan juga Vivix.

Kalau anda tak faham tentang ‘sel rosak’, anti oksida dan radikal bebas, boleh baca entri saya sebelum ini dengan analogi besi berkarat. Rasanya itu adalah analogi yang paling mudah untuk difahami.

Serangan Kanser Tak Mengenal Umur

Walaupun kebarangkalian untuk diserang kanser adalah lebih tinggi apabila usia semakin meningkat, ianya tak bermakna orang muda terselamat.

Arwah datuk saya sendiri pernah meninggal dunia disebabkan kanser prostate. Masa tu saya sedang menuntut di universiti. Arwah yang asalnya berisi, jadi sangat kurus semasa sakit.

Lepas kemoterapi, keadaan menjadi semakin teruk. Pedih hati sesiapa yang melihat arwah, lebih lebih lagi yang pernah kenal perwatakan arwah yang ceria dan sentiasa tersenyum di waktu sihatnya.

Anda juga boleh mengikuti kisah rakan saya, Sithy Harjieah yang kehilangan ibu kesayangan disebabkan kanser semasa usianya baru 7 tahun.

Cara Rawat Kanser

Antara cara rawatan kanser yang paling popular ialah kemoterapi. Objektif utama kemoterapi adalah untuk membunuh sel kanser. Tapi oleh kerana ianya dibuat ke atas satu badan, sel badan yang sihat juga akan terkena tempias.

Sebab itulah pesakit yang telah menjalani kemoterapi akan kehilangan rambut yang banyak, susut berat badan dan muka nampak seperti hilang seri. Ubat yang dimakan selepas rawatan kemoterapi juga mempunyai pelbagai side effect.

Saya pernah menonton pengalaman pelakon Azean Irdawaty yang pernah melalui kemoterapi, di rancangan TV Asy-syifaa. Menurut beliau, semasa menjalani rawatan kemoterapi, hidupnya terasa bagai di azab. Nak makan boleh, tapi takde rasa, makanan hanya lalu je di kerongkong. Kulit terasa panas. Tekak rasa kering. Rambut mula gugur.

Takut betul bila mendengar kisah daripada Puan Azean Irdawaty…

Alhamdulillah dengan ilmu pengetahuan dan kajian klinikal yang semakin canggih, kini kanser boleh dirawat dengan beberapa kaedah alternatif dan juga pengambilan suplemen seperti Vivix Shaklee.

Ikuti entry saya selepas ini di mana saya akan kupaskan dengan lebih lanjut mengenai bagaimana sel yang rosak tadi boleh terus hidup dan bagaimana Vivix Shaklee boleh membantu merawat kanser.

Sekiranya anda nak lebih faham tentang pembentukan kanser, saya sarankan anda menonton dua buah video di bawah:

 

admin-ajax.php

[contact-form-7 404 "Not Found"]

Sumber rujukan:

  1. World Health Organization
  2. What is Cancer
  3. Cancer Oncology

Similar Posts