Adakah Bajet 2014 Hadiah Terbaik Buat Rakyat?

Tarikh keramat 25 October 2013 menyaksikan rakyat Malaysia mendapat hadiah terbaik daripada Kerajaan Barisan Nasional iaitu Bajet 2014 yang bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”.

Jika dilihat sekilas pandang, bajet untuk 2014 merupakan satu pelan tindakan yang ‘berani’ kerana ianya mengandungi beberapa kejutan yang tak berapa sedap. Namun begitu, ada juga beberapa point yang saya kira memihak kepada rakyat.

Adakah Bajet 2014 merupakan usaha terbaik kerajaan untuk rakyat?

Apapun, saya merasakan bajet yang dibentangkan adalah ‘hadiah’ khas untuk rakyat kerana memilih Barisan Nasional dalam PRU13 yang lepas.

Apa Yang Beza Bajet 2014 Dengan 2013?

Sila klik gambar di bawah untuk paparan yang lebih besar. Kredit – iMoney.my

Apa beza Bajet 2014 dengan tahun sebelumnya?

5 Sebab Kenapa Bajet 2014 Adalah ‘Hadiah’ Terbaik Untuk Rakyat?

1. Penarikan Balik Subsidi Gula

Baru saja rakyat nak sesuaikan diri dengan kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen sahaja, rakyat terpaksa menerima hadiah terbaru dengan kenaikan harga gula sebanyak 34 sen.

Yang menariknya ialah hujah kerajaan bahawa kenaikan ini penting untuk mengurangkan jumlah pesakit diabetes dan juga mereka yang lemah tenaga batin.

2. Pengenalan GST Sebanyak 6%

Hadiah yang tak kurang menariknya ialah perlaksanaan GST (Goods and Services Tax) bermula 1 April 2015 dengan kadar yang sangat tinggi, iaitu 6% (berbanding ramalan ramai penganalisa; hanya 4%).

Apa yang bagusnya tentang GST ialah kurangnya kefahaman di kalangan rakyat tentang bagaimana GST ini dikira.

Sebelum ini kita hanya biasa melihat Government Tax (6%) dan Service Charge (10%), yang jika digabungkan berjumlah 16%. Tapi harus diingat bahawa tak semua barang dikenakan cukai dan hanya segelintir servis yang mengenakan Service Charge.

Apabila GST dilaksanakan:

  1. Hampir semua barang dikenakan cukai (kecuali sebahagian keperluan asas yang dikecualikan GST).
  2. Setiap bahagian daripada supply chain akan dikenakan cukai 6%.

Untuk point ke-2 di atas; kita ambil contoh buku. GST akan dikenakan kepada pengimport, pengedar dan juga pembeli. Kesemuanya 3 lapisan.

GST akan menyebabkan kos di pihak pengimport dan pengedar bertambah dan hampir pasti sebahagian besar penambahan kos ini akan disalurkan ke lapisan terakhir, iaitu pembeli.

Kalau dibuat kira-kira, GST akan menyebabkan harga banyak barang naik dengan mendadak. Yang miskin terus miskin, yang kaya?

Jika sebelum ada GST, golongan yang berpendapatan bawah RM3000 tidak perlu membayar cukai tahunan. Dengan adanya GST, semua orang tak kira susah atau senang perlu membayar cukai.

Anda boleh merujuk infografik dibawah untuk melihat gambaran kesan GST kepada rakyat mengikut jurang pendapatan.

GST bukanlah hadiah yang terbaik untuk rakyat

3. BR1M 3.0 Dinaikkan

Untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah, kerajaan telah berbesar hati menaikkan jumlah untuk BR1M daripada RM500 ke RM650 untuk isi rumah dengan pendapatan di bawah RM3000.

Kerajaan juga meluluskan BR1M sebanyak RM450 untuk isi rumah yang berpendapatan RM3000 ke RM4000. Dulunya mereka tak layak, sekarang mereka pun dah boleh merasa 🙂

Untuk golongan bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan di bawah RM2000, mereka akan diberikan BR1M bernilai RM300 (dulu hanya RM250).

Oh, khas bersempena dengan pelancaran GST, semua penerima BR1M akan turut menerima RM300 secara once-off.

4. Cukai Pendapatan Dikurangkan

Kerajaan juga telah berbesar hati menurunkan kadar cukai pendapatan sebanyak 1& ke 3% dengan pendapatan minima untuk cukai maksima dinaikkan dari RM100,000 ke RM400,000.

Untuk mereka yang berpendapatan bawah RM4000 sebulan, mereka akan dikecualikan pembayaran cukai pendapatan 🙂

5. Bantuan Yuran Tadika

Untuk ibu bapa dengan jumlah pendapatan di bawah RM900, kerajaan akan memberikan bantuan untuk yuran tadika sebanyak RM250 sebulan.

Bajet Terbaik 2014

Melihatkan kepada isi kandungan Bajet 2014 ini, saya yakin ianya adalah usaha terbaik daripada kerajaan untuk membantu rakyat disamping memastikan masa depan kewangan negara terpelihara.

Antara artikel-artikel menarik tentang Bajet 2014:

  1. 2014 Budget: A double whammy against young Malaysians – Steven Sim
  2. Blindspots of 2014 Federal Budget – Muhammad Nazreen
  3. Bajet 2014 | The Malaysian Insider
  4. GST targets a bigger group but poor hit most, say economists
  5. A rich man’s budget, say opposition leaders
  6. Taxpayers to enjoy higher disposal income
  7. In bid to curb debt, Najib unveils surprisingly high new GST
  8. Budget 2014: What’s new?
  9. Laman Web Rasmi Bajet 2014

4 Comments

  1. eyriqazz 29 October 2013
  2. kakiblog 30 October 2013
  3. ema 30 October 2013
  4. KiD 4 November 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares