Muhasabah

Balasan ‘cash’

Subhanallah, Alhamdulillah..
Antara salah satu nikmat duduk rumah tanpa gaji- we get to know our provider even closer. Tak bergantung harap pada dunia atau manusia. Dia yang memberi rahmat dan rezeki kepada sekalian manusia. Hatta ulat dalam batu pun ada rezekinya. Susah nak capai rasa tawakkal. Unless berada dalam rasa kesempitan, baru lah manusia terkapai-kapai mencari dan tak putus-putus mohon harap dari Allah Yang Maha Pemurah.. Err, itu merujuk kepada saya 😉
Alkisahnya, pagi tadi, hubby pi belikan kuih utk breakfast. Saye tak ikut sebab Muhammad tgh tido. Tak masak sebab dapur sedang kena cuci. Lepas beli kuih, tetiba ada sorang pakcik ni dtg kat kereta. Hubby pun pelik, apesal lak ni.
Pakcik: Dik, nak minta tolong bulih? Nak pinjam duit 7 inggit
Hubby: 7 inggit? Nape pakcik?
Pakcik: Pakcik baru masuk keje PFCE (Company contractor) Tiba-tiba hari ni motor rosak. Masuk bengkel. Nak bayar tapi duit x cukup 7 inggit
Pastu hubby pelik sbb tgk pakcik ni dtg dgn motor elok je
Hubby: Err, tu motor pakcik elok je
Pakcik: Tu pinjam motor bengkel
Hubby: Oooo
Pastu kesian punya pasal, lagipun alahai, dia mintak 7 inggit je. Pakcik ni pulak keje pak guard, mmg cam kesian lah.. Sobs. So Hubby kasi la 10 inggit, keep the change.
Hubby masuk kereta.
Masuk je kete, tetiba dpt call.
Ada customer nak beli pen my iman berharga RM 450!!! Customer ni tak tanya banyak. Just tanya cene nk beli & bank akaun. Tak banyak songeh pun. Cepat lak tu byr nya.
Lepas tu, dpt lagi sorang customer, punnn nak beli pen my iman RM 450, punn tak tanya banyak :’)
Subhanallah Maha Kaya nya Allah!! Sekelip mata je, pagi2 dah dpt sales RM 900! :’) Hubby bagi kat pakcik tu 10 inggit je, itu pun dalam keadaan rasa sian kat pakcik. Tapi Allah Yang Maha Kaya balas, lebih berganda2 dari tu :’)
Dan sales utk hari ni mmg sangat up lah. Buku2 mahal aje. Org lak tak tanya banyak. Biasa kan kalau brg mahal, prospect tanya macam polis tanya penjenayah. Haha. Macam lah kita nk tipu orang
Biasa dgr cerita org je. Tapi kali ni rasa sebak sangat, sebab berlaku pada hubby… :’) Sungguh lah Allah itu Yang Maha Maha Kaya!! Benarlah sedekah itu tajam. Lebih tajam dari doa, balasan pun ‘cash’, terus jadi :’)
Oh tapi kalau sedekah tapi masih rasa kurang, cuba kita lupakan apa yg kita sedekah td. Buat macam kita tak pernah bg apa2. Atau gandakan lagi sedekah. Yakinlah pada janji Allah.. Atau kalau teringin nak sedekah, tapi duit takda, zikir pun merupakan sedekah.
Moga coretan ini, menjadi motivasi utk kami tak kedekut nak memberi. Huhu. Selama ni pernah juga merasa keajaiban sedekah, tapi tak lah secepat itu dtg reward dari Allah Maha Kaya. Tapi kali ni memang sgt2 terkejut… Allahuakbar.. Subhanallah.. :’)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *