Isu Semasa

Banjir di Kuantan dan Kemaman

Catatan ini telah ditulis lebih awal, tapi baru publish hari ini atas sebab teknikal.

Hampir terlupa pulak yang banjir adalah semacam acara tahunan Pantai Timur. Tapi banjir tahun ni yang paling terkesan di hati saya. Sebenarnya tak lah sampai 5 tahun lagi duk sini.

wpid-IMG-20131204-WA0016.jpg

3 December dpt msg dr group Whatsapp :

Messej dr ust asri yahya Ketua caw air putih… MasyaAllah, bnjir trllu parah. X prnah brlaku dlm sjarah. 100% Kg A.Putih dtengelami air.  Skrang ni hujan smakin lebat. Air smakin naik. Tolong doakn kselamatn kami dsini. Hnya Allah saja yg blh myelamatkn kami dsini. Smua jntera pnyelamat mnemui jln buntu. Doakn kami.

4 December, kenalan kat Kuantan maklumkan, elektrik satu bandar ditutup sebagai langkah keselamatan.

5 December, Kawasan perumahan kawan saya,  Ada, di Kemaman dah tahap nampak bumbung je. Itu pun Ada cerita bila hujan turun lagi, bumbung pun dah nak tenggelam.

image

Kalau tahun lepas ada orang forward gambar parking Zenith Hotel Kuantan tenggelam dengan air. Tahun ni hampir seluruh bandar Kuantan tenggelam dan lumpuh.

Gambar di bawah: Sukarelawan yang hilang selepas masuk ke kawasan banjir untuk memberi bantuan.

wpid-IMG-20131205-WA0011.jpg

Itu pun kera-jaan tak isytihar darurat. Pelik betul saye. Ni banjir teruk kot, bukan setakat melibatkan harta benda, malah boleh melibatkan nyawa. Business run as usual, company – company tak isytihar cuti pun. Memang tak heran kalau kenalan di belah KL tak tahu langsung pasal banjir masa air mula naik tu.

Rasa macam duduk two sides of world.

wpid-IMG-20131205-WA0015.jpg

Waktu tu, saya dengan komuniti Pantai Timur menghadapi hujan yang teramat lebat sampai talian untuk SMS, Call dan Internet putus sama sekali. Cuma bersyukur je saya belum terkena banjir, tapi kawan-kawan Kemaman dan Kuantan dah mula ditenggelami air.

At other sides of world, kawan – kawan di Pantai Barat  mostly act as if nothing happens.

Banjir kali ni bukan takat air naik biasa-biasa. Tapi dah mencapai paras dada, bahkan paras leher! Air naik sangat cepat menurut orang yang berada di sana.

wpid-960238_756157671077552_1024988954_n.jpg

Nak tengok kronik ke tak kronik paras leher tu, cer tengok gambar di bawah, lokasi di Kemaman.  Screenshot ini dikongsi di Group Whatsapp Ketimuran

wpid-IMG-20131207-WA0004.jpg

Dari grup Whatsapp, diketahui kawasan Air Putih paling teruk naik air. Message berikut di terima oleh YB Ustaz Hishamudin pada jam 4 pagi, 5 December, di forward ke group – group untuk bantuan

wpid-IMG-20131208-WA0001.jpg

Sedihkan baca Whatsapp tu…. Nak tolong, tapi tak tahu macam mana. Pakat minta bantuan Unit Amal..

Ni pulak junior saya yang kereta ditenggelami air kat Kemaman. Ya Allah…. Tak dapat bayang resah di hati..

wpid-Screenshot_2013-12-06-09-18-39.png

Rentetan dari banjir juga, pihak Nisa’ iaitu NGO, ambil inisiatif untuk kumpul pakaian, makanan dan wang tunai. Banyak lagi NGO lain dan orang perseorangan yang menghulur bantuan, IKRAM, ABIM dan ramai sangat lagi.

wpid-IMG-20131208-WA0003.jpg

 

wpid-IMG-20131205-WA0000.jpg

Orang perseorangan pun ramai tau.

Kawan saya, Ada, yang rumah affected berpindah sementara ke kampung di Kuala Terengganu. Kemudian dari sana dia kumpul duit dan beli barang untuk mangsa banjir Kemaman.

Dari Kuala Terengganu, suami Ada,  Hafiz bawa semua barang makanan dan keperluan ke Kemaman dan join team Unit Amal untuk operasi membantu dan menyelamat mangsa kat Kemaman. Untuk full story boleh ikuti kat Blog Vitamin Site

Screenshot ni pulak dari pelajar UMP yang bergerak membantu mangsa banjir, dikongsi oleh Kak Aikin yang menetap di Kuantan.

wpid-IMG-20131205-WA0002.jpg

Subhanallah.. Rakyat sangat bersatu padu di kala Perdana Menteri timbang – timbang sama ada nak tolong mangsa banjir ke, tidak. Screenshot ni di kongsi dalam Group Whatsapp Ketimuran.

wpid-IMG-20131207-WA0005.jpg

Nota: Masa Taufan kat Filipina, ada pulak duit nak bagi sejuta, kan? Duit cukai yang kita bayar setiap bulan without fail dan terpaksa bayar walaupun berlainan parti, pergi mana? Kalau bukan untuk kawan dan saudara yang sedang mengalami musibah di negara sendiri,  untuk siapa? Lebih kan negara lain?

Selain bantuan pakaian dan makanan yang ramai pihak salurkan, Dewan Pemuda Gombak turut ambil inisiatif untuk beli sendiri bot, generator sebab kat kawasan pemindahan mangsa takde elektrik, jadi nak masak air ke, nak masak ke, tak dapat.

Screenshot ni dari FB Senior saya, FB Pak Sheikh Jada 2 3 hari lepas. Siap sewa lori untuk perjalanan KL ke Kuantan Kemaman

wpid-IMG-20131208-WA0002.jpg

Beli khemah untuk jaga privacy mangsa wanita yang kalau nak tidur nak rehat, tak kan nak tidur openly. Tu belum kira kawasan pemindahan pun sama naik air, anak-anak kecil tidur atas atap kereta, orang dewasa tak tahu lah macam mana

Saya tak sampai hati nak post gambar dalam pusat pemindahan. Cukup lah post gambar pusat pemindahan yang akhirnya berjaya berkhemah. Kita negara Islam, patutnya walk the talk lah, aurat saudara dan rakan wanita kita tolong jaga dan titik beratkan walaupun keadaan meruncing.

wpid-IMG-20131206-WA0030.jpg

Nisa’ di Kemasik dan Kerteh (ai tolong kat sini je) giat membantu pusat pengumpulan barang terpakai, makanan, diapers, Alhamdulillah memang bantuan sangat-sangat memberangsangkan.

wpid-IMG-20131206-WA0006.jpg

wpid-IMG-20131207-WA0011.jpgwpid-IMG-20131206-WA0032.jpg

 

 

Licin dah makanan seperti roti dan telur kat pasaraya Kerteh ni.

wpid-IMG-20131207-WA0002.jpg

 

wpid-IMG-20131206-WA0002.jpg

 

wpid-IMG-20131206-WA0001.jpg

Selain itu, Muslimat Nisa’ lain tolong masakkan makanan untuk mangsa banjir. Kat pusat pemindahan takde elektrik untuk memasak. Jadi ada request untuk masak siap-siap dan petugas akan transport dan agihkan kat sana.

wpid-IMG-20131206-WA0012.jpg

 

wpid-IMG-20131206-WA0013.jpg

 

wpid-IMG-20131207-WA0003.jpg

Bantuan wang tunai masih diperlukan untuk membantu mangsa banjir post banjir.

Nak recovery rumah yang rosak, perabot dan barang rumah toksah cerita lah kan. Tu belum masuk kereta rosak habis sebab tenggelam dalam air banjir. Air banjir ni bukan air bersih tau, habis lumpur segala naik. Kalau banjir surut tu, macam-macam jenis binatang berbisa nampak dalam rumah sebab air banjir ni angkut semua.

wpid-IMG-20131204-WA0014.jpg

Nota : Tu baru fikir pasal rumah dan kereta, yang cukup menyesakkan kepala. Belum masuk nak fikir kena tanggung kenaikan harga barang asasi dan tarif elektrik  bermula Januari 2014. Dan bagi yang anak-anak sekolah, tambah fikir pasal duit anak nak masuk sekolah.

Oh untuk recovery banjir, anda sangat-sangat di alu-alukan untuk menderma di account number seperti di bawah. Team Unit Amal ni akan bantu bersihkan rumah. Tengah plan nak beli water jet supaya cepat bersihkan rumah. Ramai ni nak kena tolong.

wpid-IMG-20131204-WA0022.jpg

Gambar berikut menunjukkan jambatan penyambung bandar Chukai dan Geliga, retak, sah – sah kereta tak boleh lalu.

 

wpid-IMG-20131205-WA0006.jpg

So sape nak balik KL, either guna Fireflyz, atau ikut jalan dalam atau jalan pantai.

‘Ala kulli hal.. Hari ini hari Kemaman dan Kuantan. We never know hari esok entah-entah hari negeri lain yang tak pernah kena banjir. Mohon dijauhkan.

Tapi bila ketahui saudara kita dalam kesusahan, jom pakat bantu. Tak dapat sumbang tenaga, sumbang duit pun jadi lah. Tak dapat sumbang duit, sumbang doa pun jadi lah.

Moga kesabaran mangsa banjir tahun ini, diganti oleh Allah dengan ganjaran yang jauh lebih baik, insya-Allah..

Nota: Gambar – gambar Credit kepada Group Whatsapp Muslimat Nisa’ Kemasik Kerteh,  Group Whatsapp IMPROF Timuran, Ada, Kawan – kawan dan Senior-senior saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *