anakku sayang | Unschooling

Bantu Anak Belajar Skills of Life

Jadi mak bapak ni sebenarnya bukan senang.
Kemewahan material bukan segalanya.

Antara perkara yang kami sedang struggle, adalah kebolehan anak-anak kami mahir dengan kemahiran yang bagi saya, asas yang membentuk menjadi insan yang berkeperibadian tinggi.

Sharing

Contohnya, kebolehan untuk bertolak ansur dan berkongsi

Sampai sekarang, kami masih berusaha untuk ajar Muhammad dan Maryam untuk bertoleransi untuk berkongsi mainan.

Tapi masih belum berjaya. Haha.

Kita mak bapak mesti terasa nak menang kan salah seorang.

Walhal kita sepatutnya menang kan dedua.

Dan kami mahu tak kira anak nombor berapa, tanggungjawab tetap kena pikul, bukan semua letak kat anak yang pertama atau kedua.

image
Tolong kutip diapers baby untuk tolong buang dalam tong sampah 🙂 Terima kasih Maryam sayang 🙂

Keyakinan diri

Saya mahu anak-anak kami berani bermimpi dan tiada rasa takut untuk ambil langkah merealisasikan impian.

Tak cepat rasa demotivated bila di rendah-rendahkan.

Cara Urus Emosi

Kami masih struggle untuk memahami anak.

Saya belajar, bila anak menangis atau marah, raikan perasaan mereka.

Menangis dan marah, ia adalah perasaan semulajadi.

Berhenti cakap ‘Strong boy.’

Ia umpama kita tak kisah apa yang terjadi yang membuatkan anak kita sedih sampai menangis.

Bila dia pendam perasaan, siapa tahu, bila besar nanti, dia luah perasaan dalam bentuk apa.

Jadi kami sedang belajar untuk bantu anak-anak cara untuk luahkan perasaan marah dan luahkan perasaan sedih dan kecewa.

Wah wah. Memang mencabar.

Currently saya follow blog Acik Jiji atau nama sebenarnya Adlil Rajiah.

Walaupun anak dia baru seorang, umur anak baru setahun lebih, tapi sangat banyak yang saya belajar.

Yang penting, kita ibu bapa keep on practicing the skill yang kita belajar.

Usah sesekali rasa kita ibu bapa yang gagal. Perasaan itu hanya akan memburukkan hubungan kita dengan anak.

After all, kita akan sentiasa belajar 🙂

Moga anak-anak kita turn out menjadi manusia yang Allah sayang, ahli syurga, sentiasa murah rezeki, berkeperibadian tinggi seindah akhlak kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w, hebat di dunia dan akhirat.

Thanks for reading this entry! 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *