Cara Banyakkan Susu Badan Yang Paling Penting

Dalam pada usaha susah payah makan macam-macam untuk banyakkan susu badan (cuba supplement pelbagai jenama), kita seringkali terlupa untuk konsisten tips paling asas untuk banyakkan susu.

P.s : Saya adalah ibu yang telah menyusukan anak-anak saya dari yang sulung sehingga anak ketiga.

1 Tips Asas Banyakkan Susu Badan

Kerapkan pam atau perah susu setiap 2-3 jam sekali.

Wajib pastikan kita perah susu 8 kali sehari, bukannya 2 kali sehari.

Namun begitu terdapat juga andaian sesetengah pihak bahawa jika makin kerap kita perah susu, susu akan menjadi semakin kering.

Andaian ini adalah salah sama sekali.

Mengapa?

Bagaimana Kekerapan Perah Susu Bantu Banyakkan Susu

Kita ambil analogi tangki air dalam tandas rumah kita. Selepas kita gunakan tandas, kita perlu flush tandas.

banyakkan susu badan

Jika kita flush dengan kuat, tangki air akan kosong.

Bila tangki air kosong, baru lah ia nya akan di isi semula dengan air.

Kalau tangki air hanya separa kosong, maka kita terpaksa tunggu hingga ia betul -betul kosong, baru air akan penuh semula.

Begitu juga konsep dengan penghasilan susu badan

Begitu juga dengan konsep penghasilan susu dalam payudara.

Kalau payudara di perah sehingga susu betul – betul habis dan payudara betul -betul kosong, maka selepas itu baru payudara akan di isi sehingga penuh semula.

Kalau payudara tidak betul- betul di perah sehingga habis susu, maka lambat lah susu akan terpenuh semula.

Perah hingga betul-betul kosong

Jadi jika ibu -ibu menyusukan bayi, selepas bayi selesai menyusu, pastikan kita sambung pam atau perah payudara tersebut untuk pastikan yang payudara kita betul- betul kosong.

Bila dah betul -betul kosong, baru lah payudara akan di program untuk di isi semula dengan susu.

Lagi kerap kita kosongkan payudara, maka lagi banyaklah susu yang akan terhasil.

Saya harap penerangan ini membantu ibu – ibu faham kenapa kita kena perah atau pam susu sekerap yang mungkin untuk mendapatkan hasil yang banyak.

Boleh juga baca post ini tentang 5 perkara asas penyusuan dan juga post 5 tips banyakkan susu badan 🙂

P.s. –Klik link Set Penyusuan Shaklee untuk anda cuba set yang telah membantu ramai ibu banyakkan susu badan dengan meriah.

P.s.s. – Tak yakin nak cuba Set Penyusuan Shaklee? Apa kata anda baca kisah seorang customer kami sambil membelek koleksi testimoni kami 😀

Happy Breastfeeding!

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

5 Comments

  1. pahan 17 September 2013
  2. kakiblog 18 September 2013
  3. blogger lelaki 21 September 2013
  4. suhailla 6 November 2014
    • Khadeejah Hasmad 6 November 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares