Baru Nak Kenal Shawl

Entah kenapa, sejak pregnant baby Hannah, sampai lah dia lahir, saya dah mula minat yang cantik-cantik.

Kiranya kalau orang kata perempuan makin lama makin selekeh, itu adalah salah sama sekali.

Tengok lah, saya tak gitu. Kenapa tah.

Baru-baru ni, saya tetiba berkenan sungguh dengan tudung yang orang panggil shawl.

Sebelum ni saya selesa pakai tudung instant je. Dah lah instant, nak pulak versi takyah gosok.

Haha.

Bila cerita pasal shawl, mana lah saya tahu jenis-jenis shawl.

Yang saya tahu, saya nak yang cantik, dan tak payah iron.

Shawl pertama saya adalah dari Alya Sarah.

Dah tudung instant versi tak payah iron pun beli situ.

Kira my trusted brand lah. Shawl pun kena cari situ.

Lagipun, saya jenis tak rajin nak masuk kedai tudung banyak-banyak hanya untuk survey.

Bagi saya, buang masa.

Tiba-tiba, ada satu hari ni, nak cari tudung baru sebab tudung lama dah berapa tahun tah pakai.

Masa tu dalam pantang lagi.

So nak pergi kedai yang dekat dengan rumah je lah.

Belek dari satu butik ke butik lain, semua tak berkenan.

Nak Alya Sarah jugak, tapi Alya Sarah takde kat Bangi.

Tiba-tiba nampak satu butik ni, nama dia Sugarscarf.

Saya pernah dengar brand ni jual tudung. Tapi tak pernah tahu design dia macam mana.

Skeptic. Haha. Semua shawl kat butik lain nampak sama je.

So, masuk je lah Sugarscarf ni.

Tengok dalam dia, wah, dia jual tudung aje ye, tapi susunan tudung tu cantik.

Ada macam-macam design.

Oh, of course yang biasa pun ada.

Tapi yang menarik tu, ada shawl yang ada bunga timbul.

Dia panggil 3D floral.

Memang bunga tu dijahit kan ke atas tudung.

Wahhhh cantiknya yang itu.

Memang jenis tu tak jumpa lagi kat butik lain.
So saya cuba beli warna pink dulu, nak match kan dengan baju.

image

Cantikkan bunga 😀

Warna pink pun ada macam-macam versi.

Alhamdulillah puas hati sangat.

Kainnya jenis kalau lepas pakai, kita gantung tak berlipat, nak pakai semula nanti dah tak perlu iron.

Dan untuk mak ada baby kecik baru lahir macam saya, kalau dokong baby mesti baby pegang tudung kita, Alhamdulillah tudung tu ok je.

Bunga tu tak tercabut pun.

Yang bestnya, boleh buat macam-macam gaya.

Haha.

Takde lah bunga tu asyik setompok tempat sama je.

image

Gaya bunga kat tepi

image

Bunga bawah sikit

Bunga kat atas pun ada. Tapi takde gambar 😛

Perasan tak, tudung adalah yang sama aje.

Haha.

Untuk pattern ni ada size medium dan Large.

Alhamdulillah memang menutup dada.

Large bagi saya sangat besar. Saya ni kecik je orangnya.

Kalau korang teringin nak beli online, boleh click Sugarscarf 3D

Tapi kat butik lagi banyak pilihan warna.

Mari mak-mak duduk rumah, jangan jadi kan alasan duduk rumah untuk tak bergaya.

Hihi.

Thanks for reading! 🙂

One Response

  1. norehan saad 26 November 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares