Baru Sampai Oslo Airport

Gambar ini depan hotel saja. Hotel yang terletak betul-betul berdepan Lapangan Terbang Oslo ini namanya Hotel Radisson Blu.

Jalan kaki 2 minit saja.

Bagus lah bermalam sebentar di sini kalau kawan-kawan mahu rehat sebentar.

Nota : Letih tau naik kapal terbang lama-lama walaupun kapal terbang selesa dan banyak hiburan. Jadi kena berhenti rehat sebelum meneruskan kehidupan perjalanan.

Sebelum ini kami dari Malaysia ke Dubai, 7 jam. Bermalam di Dubai International Airport Hotel. Kemudian dari Dubai ke Oslo, 6+ jam

Suhu gambar adalah dalam -9C. Tak tahu lah kalau suhu lebih rendah.

Pagi esok (6 jam lagi) Maryam dan adik-beradik akan naik lagi kapal terbang untuk ke destinasi sebenar kami iaitu Svolvaer, Lofoten.

Kemudian main lah salji sepuas hati. Kat Oslo kita rehat dulu.

Nota : Anak-anak dalam gambar pakai 2 lapis saja -baju biasa Malaysia (masa ini tak dan lagi nak tukar baju fleece) dan ‘winter jacket’.

Mesti kena ‘winter jacket’ sebab jenis kain (‘material’) yang digunakan untuk ‘winter jacket’ sangat tahan sejuk walaupun pakai itu saja.

Kalau kawan-kawan di Malaysia cari ‘winter jacket’ untuk main salji -maksudnya kena ‘waterproof’ dan ‘windproof’- saya sarankan sangat cari di Decathlon. Memang puas hati 👍

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares