Basuh Baju Di Sultanahmet, Istanbul, Turki

Kami biasanya kalau travel bawa baju sedikit sahaja. Ya walaupun 5 beranak. Cukup 1 beg pakaian supaya mudah bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain walaupun travel gaya vacation.

Salah satu tips untuk bertahan dengan 3 helai baju setiap seorang adalah dengan basuh baju selalu.

Biasanya kami tak basuh di bilik hotel sebab lama nak tunggu kering.

Cari kedai laundry DIY yang menggunakan operasi coin atau macam dobi.

Alhamdulillah di Sultanahmet area di Istanbul, ada 2 kedai laundry.

Sultanahmet ini adalah kawasan pelancong yang ada Hagia Sophia, Blue Mosque, Topkapi castle, etc.

Diorang basuh dan keringkan.

2 Kedai Laundry Basuh Baju di Sultanahmet, Istanbul :

Hantar ke kedai, orang kedai akan tolong basuhkan. Biasanya pick up petang atau keesokan harinya.

1) Express Laundry di tepi jalan Ishak Pasa

Boleh Google je Ishak Pasa Cd. Dia tepi wall Topkapi.

Jalan kat jalan Ishak Pasa sambil tengok tepi tu ada deret kedai kecik, mesti ada signboard Express Laundry. Kecik je.

2) Active Laundry di Hotel Arsenal

Kami tak duduk pun hotel ni. Tapi kedai ni accessable dari luar. Kecik je, dok bawah.

Sekilo, 10 Lira.

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda yang sedang tercari-cari laundry DIY di Sultanahmet, Istanbul.

One Response

  1. nor hazmira 7 January 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares