Tips Bawa EBM
Breastfeeding Tips

Tips Bawa Balik Stok Susu Dari Kampung

Sempena cuti Deepavali bersambung dengan Awal Muharram ni, mesti ramai ibu balik kampung kan?

Antara yang meresahkan fikiran ibu, biasanya, macam mana nanti nak bawa balik stok dari kampung, dengan perjalanan hampir 12 jam dalam kereta.

Tips Bawa EBM

Saya kongsikan tips ringkas supaya kita tak perlu pening kepala. Masa cuti ini, teruskan aktiviti pam dan simpan stok susu macam biasa. Tumpang jap freezer kat kampung.

Nanti bila dah tiba masa pulang ke rumah, sediakan 4 bahan berikut:

  1. Suratkhabar sebab kedap ais, memastikan ais kekal beku
  2. Bekas polisterin untuk simpan susu
  3. Ais
  4. Garam, untuk pastikan ais kekal suhu beku

5 Langkah Pastikan Stok Susu Kekal Beku

Untuk tips susu kekal beku dalam perjalanan dari kampung, yang kadangkala ambil masa hingga 12 jam, ikuti 5 langkah mudah berikut :

  1. Letak suratkhabar ke dalam bekas polisterin
  2. Susun stok susu
  3. Taburkan ais dan garam atas ais
  4. Satu lapisan suratkhabar, satu lapisan stok susu, satu lapisan ais dan garam
  5. Seal polisterin agar tiada udara masuk

AWAS!

Jangan letak di bonet kereta, utk elak susu cair. Letakkan di bahagian penumpang di belakang ataupun kat bahagian kaki penumpang depan.

Nak lagi tips-tips penyusuan yang menarik? Klik –> Koleksi Tips Banyakkan Susu

P.s. – Berminat nak mencuba Set Penyusuan Shaklee? Boleh hubungi saya di email [email protected] atau Whatsapp 019 477 3457

Happy Breastfeeding!

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *