Bayi Tak Nak Susu Botol – 3 Tips Berguna

Bila dah nak start masuk kerja balik, mulalah ibu-ibu dalam pantang ligat fikir macam mana nak atasi masalah bayi tak nak susu botol. Bukan senang nak bagi bayi susu botol bila dah terbiasa menyusu direct nih kan?

Ikuti perkongsian Puan Farah yang gigih kumpul stok susu walaupun masa kerja nya tak menentu, kejap siang, kejap malam

Tapi jangan salah faham pula. Bukan nak kata kena kenalkan botol kepada bayi seawal baru lahir. Itu memang salah!

Biasa kalau buat camtu, nanti bayi akan mengalami “nipple confusion. Nipple confusion akan menyebabkan bayi tak nak direct feeding, dan ini menjurus kepada susu yang merudum sebab bayi adalah perangsang susu yang terbaik. Bila bayi menolak direct feeding, susu susah untuk stimulated.

Bayi Tak Nak Susu BotolDan ini juga mendorong kepada ibu sedih dan beremosi sebab ya saya sendiri faham, bila anak tak mahu menyusu direct dengan kita, memang sedih tak terkata. Dan bila emosi ibu terganggu, susu boleh merudum.

Jadi Bila Waktu Terbaik Kenalkan Botol?

Waktu terbaik kenalkan botol susu adalah dalam 2 minggu sebelum ibu mula masuk kerja. Bolehlah experiment berapa Oz nak hantar kepada pengasuh, dry-run nak prepare barang pagi- pagi untuk keperluan bayi di rumah pengasuh, etc.

TIPS: Anda boleh menggunakan Jadual Pam Susu untuk keep track berapa stock susu yang ada dan berapa Oz yang anak anda minum 😉

Ada 3 tips yang ingin saya kongsikan mengenai kenalkan bayi kepada botol susu, moga bermanfaat untuk semua 🙂

1. Minta bantuan orang lain untuk beri botol susu

Bayi mempunyai deria bau yang sangat kuat. Kalau ibu ada berdekatan, dia tahu ibu dia. Biasanya bayi tak mahu menyusu botol jika ibu berdekatan, atau jika ibu yang suakan botol susu.

Yelah, dah ada ibu, boleh direct feeding fresh from the farm; buat apa nak minum dari botol kan? Ini pandangan hati si bayi lah. Jadi solusinya, minta bantuan suami atau pengasuh untuk susukan bayi menggunakan botol.

In extreme case, ibu perlu keluar dari rumah buat sementara waktu agar bayi betul-betul merasakan ibu tiada berdekatan. Bau kita ni kuat tau. Teringat masa bersalin kan Muhammad kat hospital. Nurse beritahu, kat nursery Muhammad nangis kuat sangat.

So nurse tolak trolley Muhammad pi bilik kitorang. Sampai je dekat-dekat bilik kitorang, terus Muhammad senyap. Walaupun pintu bilik belum dibuka, dia tahu mak dia ada berdekatan. Haaa, kuat tak deria bau si bayi?

2. Mulakan dengan perahan susu segar (Fresh EBM)

Perahan susu segar (Fresh EBM) dan perahan susu beku (Frozen EBM) ada banyak beza dari segi bau dan rasa. Ada sesetengah bayi yang tak boleh tolerate Frozen EBM. Jadi mulakan dahulu dengan perahan susu segar supaya bayi rasa familiar dengan tekstur susu, bau dan rasa. Bila bayi boleh tolerate minum Fresh EBM menggunakan botol susu, boleh cuba beri Frozen EBM pula.

3. Alternatif kepada botol susu

Sesetengah bayi memang tidak gemar dengan botol susu. Ada pula jenis bayi yang cenderung mengalami nipple confusion jika dikenalkan kepada botol susu. Nipple confusion akan membuatkan bayi menolak untuk direct feeding dengan ibu. Sebagai alternatif, ibu boleh perkenalkan:

  • Cup feeding (beri susu menggunakan cawan kecil)
  • Spoon feeding (beri susu menggunakan sudu, atau ada dijual botol bersudu. Sudu menggantikan puting)
  • Syringe feeding (beri susu menggunakan picagari)

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua 🙂 Feel free untuk berkongsi pengalaman anda pula yer! 😀

Oh, jemput ikuti perkongsian ibu kepada bayi pra-matang yang tabah berusaha susukan anak pra-matang

Bacaan lanjut tentang nipple confusion:

  1. Nipple preference
  2. What is Nipple Confusion
  3. Nipple Confusion

Info lanjut tentang tips & cara memperkenalkan susu botol:

  1. How to bottle-feed the breastfed baby
  2. Introducing your breastfed baby to the bottle or cup
  3. Getting Baby To Take Bottle

P.s. – Jemput membelek koleksi tips-tips banyakkan susu badan (^_^) <– Klik

P.s.s. – Berminat nak cuba supplement Shaklee untuk banyakkan susu badan? Boleh hubungi saya di nombor yang tertera

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares