Beautiful January 2017

Alhamdulillah untuk perkembangan bulan Januari

Banyak development anak-anak dan team Creams Shaklee.

Bila kita tidak terlalu memaksa, just let the potential and talent grow by itself, it works miracle.

Maryam Potty Train

Maryam dah lama pun sebenarnya bersedia untuk potty train. Cuma saya agak keberatan sebab malas nak cuci selepas dia buang air.

Minggu lepas saya amat terkejut bila cikgu di sekolah maklumkan yang Maryam sedang tak pakai diapers. Kisahnya kami jarang periksa beg Maryam cukup diapers atau tidak.

Tiba-tiba hari itu Maryam buang air besar. Diapers tambahan tiada. Diapers kanak-kanak lain pun cukup-cukup makan sahaja.

Sudahnya, Maryam lepas basuh pakai seluar sahaja.

Alhamdulillah cikgu bagitahu Maryam kalau nak buang air kecil akan bagitahu isyarat dia.

Tapi selepas itu kami bawa mereka berjalan-jalan untuk beli seluar Maryam, terkucil juga Maryam.

Baru-baru ini Maryam dah mula nak basuh sendiri di rumah selepas buang air besar.

Rasanya dalam bab potty training ini, tak perlu nak rush.

Macam Muhammad dulu, saya potty train kan Muhammad seawal usia 2 tahun. Agak mencabar juga. Tapi saya tidak berapa bangga sebab ia adalah bukan atas kerelaan Muhammad – jadi banyak insiden jadi singa di sini.

Kali ini Maryam, kita tunggu sampai dia sendiri nak bebas dari diapers, which is mak dia pun kena bersedia.

Muhammad dan membaca

Membaca adalah skill yang sangat penting bagi saya sebab bila tahu membaca dan faham apa yang di baca, banyak benda baru boleh di pelajari.

Asalnya saya cuba ajar Muhammad baca dalam bahasa melayu menggunakan Bacalah Anakku dan siri Suriaku.

Saya complement kan juga dengan majalah Anis dan buku Diari Anis keluaran Ana Muslim.

Produk Ana Muslim ini comel-comel belaka, jadi memang bukan saya lah yang initiate – tetapi Muhammad sendiri cari dan minta di ajar baca.

Alhamdulillah dua suku kata Muhammad boleh tangkap. Cuma apabila masuk men- dan ber- agak mencabar untuk beliau. Ya, ia pasti memerlukan latihan membaca.

Oleh kerana gaya kami adalah santai, tak perlu paksa sebab it will lost its fun, jadi adakalanya saya ajak Muhammad baca, adakalanya biar sahaja dia pilih apa dia mahu baca.

Mula baca English

Terkini kami belajar membaca bahasa English pula.

Mudah sahaja rupanya bila Muhammad dah bersedia. Kami mulakan dengan Peter and Janes siri 1b, kemudian patah balik ke siri 1a.

Kemudian teruskan dengan siri 2a. Sekarang dah habis siri 2b.

Alhamdulillah untuk bacaan bahasa english, apabila Muhammad dah bersedia, cepat sangat dia boleh tangkap perkataan. Patut pun siri Peter and Jane boleh bertahan berpuluh tahun, sebab mudah sangat ajar budak.

Buku yang Muhammad guna itu adalah buku yang mak guna masa ajar saya untuk membaca bahasa english.

Bayangkan dah berumur 20 tahun lebih buku tersebut.

Lagi motivasi saya untuk ajar Muhammad bahasa English adalah, agak seronok lah sikit semasa travel nanti – Muhammad dah boleh baca macam-macam sign dan perkataan.

Kami dah book tiket flight dan penginapan untuk next trip. Jadinya due date tarikh berlepas adalah motivasi saya.

Ini pun, Muhammad dah boleh tangkap beberapa perkataan pada buku-buku lain asbab baca Peter and Jane.

Game lain yang menarik

Dalam buku Peter and Jane ada banyak aktiviti kanak-kanak.

Jadi sambil membaca, sambil saya ajak Muhammad buat aktiviti-aktiviti tersebut – tak lah terlalu bosan, kan.

Dan ia juga membantu Muhammad cepat ingat perkataan yang dia belajar.

Contohnya dalam buku 1b ada cerita tentang Jane’s Toy Shop.

Jadi kami pun setup Muhammad’s Toy shop.

Muhammad’s toy shop

Ada toy robot, toy car, toy dinosaur, toy truck, dan segala macam toy Muhammad.

Plannya adalah Muhammad letak harga pada setiap toys dan belajar jual toys kepada Abi. Tapi agak terganggu sebab toy shop tersebut sering menjadi perhatian Hannah.

Insya-Allah kami akan usahakan juga – ini adalah salah satu pengenalan kepada dunia bisnes yang kami mahu instill kepada Muhammad.

Baiklah, sekian update anak-anak buat hari ini.

Creams mula mengerlip

Perihal Shaklee pula, alhamdulillah sangat saya pun terkejut melihat performance team Creams Shaklee yang dah macam closing pula.

Point UV yang selalunya hanya dapat pada hujung bulan; dah pun kami score pada pertengahan bulan. Subhanallah Masya-Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Kaya.

Satu Malaysia duduk cakap ekonomi gawat, dunia bisnes kena buat sesuatu etc; tetapi, Allah kalau nak bagi rezeki, tak kira gawat ke tidak ekonomi sesuatu negara itu.

Saya berharap sangat tahun 2017 saya dapat hasilkan sekurang-kurangnya 13 orang yang berjaya capai income minima RM 2,000 bersama Shaklee.

Tapi itu pun, semuanya berbalik kepada orang yang nak capai income tersebut.

Saya perhatikan leader-leader saya calon income minima RM 2,000 pandai bergerak sendiri dan fully utilize segala sumber dalam group besar.

Mereka tahu apa mereka mahu, mereka akan buat sampai jadi walaupun anak berderet, kerja rumah menggunung, tak masuk lagi urusan rumah yang kena buat di luar rumah.

Tak bagi sebab-musabab sangat dah.

Syukur Allah temukan saya dengan mereka-mereka ini.

Group iReach kami (ibu kepada group Creams) memang sangat banyak info, boleh mabuk masuk group.

Segala jenis poster, testimoni, video, task list; semua dah tersedia. Tak perlu nak blur lagi how to start.

Tinggal nak copy paste, atau letak nama pada poster dan post; etc.

Oklah, nak kena pause dulu

Kalau kawan-kawan yang baca entry ini berminat untuk sertai team saya mengusahakan bisnes Shaklee, boleh WhatsApp saya di 019 609 3317 .

Daftar jadi ahli RM 79.50. Dan setiap ahli baru saya akan wajibkan untuk tulis blog sebagai permulaan. Kos setup blog RM 150 – kami akan setup dan guide untuk permulaan sahaja.

Terima kasih kerana membaca 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares