muhasabah
Muhasabah

Bedah Tafsir Fatihah – Membawa Diri Lebih Dekat Mencintai Pencipta

Tersentuh hati saat Allah pilih untuk belajar tafsir Surah Fatihah ibu al-quran masa balik rumah mak minggu lepas.

Biasanya kita baca Fatihah main lalu je, kan.

Sebenarnya bila kita belajar tafsir, maksud bait-bait perkataan di dalam surah tersebut sangat indah, terjemahan yang sangat berbeza dari terjemahan bahasa melayu dalam Quran.

Kelas di sampaikan oleh adik ipar ai, orang Syria, dan sah-sah bahasa ibunda dia adalah bahasa Arab dan dia belajar dalam jurusan ni.

muhasabah
Ni lah adik ipar ai

Ayat Sama, Maksud Berbeza

Dalam setiap surah, walaupun perkataan sama, tapi konteks adalah berbeza dan maksud perkataan tu boleh jadi berbeza.

Jadi kalau belajar tafsir, kena belajar ayat by ayat, surah by surah.

Hari tu kami belajar sepertiga surah Fatihah, dimulai dengan Bismillah.

Menariknya, adik ipar saya mulakan dengan mengajar apa kata akar bagi setiap perkataan.

Perkataan akar ini yang membawa maksud setiap ayat.

Sebagai beberapa contoh yang biasa kita misleading, saya kongsikan di sini.

Perkataan ‘Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin’

Alhamdu – kata akar nya : Ha Ma Da (takleh tulis huruf arab lak sini)

Ha Ma Da bermaksud bersyukur

Syukur dalam bahasa arab ada 2 kata akar –

(1) Wa Ha Da – Ia berlaku bila kita bersyukur ada benda baik berlaku. Ini normal, kan?

(2) Ha Ma Da – Ia berlaku bila kita bersyukur tak kira ada perkara yang kita suka atau tak suka berlaku.

Allah anjurkan kita sebut Alhamdulillah yang mengambil kata akar Ha Ma Da sebab Dia nak kita sentiasa pakai cermin mata positif – bersyukur dalam setiap situasi.

After all, semua pun datang dari Allah dan ada sebab tersendiri

Robb dari Robbil ‘Alamin

Bebudak yang study kat madrasah biasanya panggil cikgu diorang Murobbi.

Murobbi ni maksudnya pengajar atau cikgu

Robb adalah kata akar yang membawa maksud ajar.

Dalam konteks ayat ini, Robbil ‘Alamin bermaksud Allah Pengajar Sekalian Alam

Allah yang ajar kita macam mana nak jalan, nak hidup, nak cari makan, Allah juga yang ajar setiap binatang, tumbuh-tumbuhan dan setiap makhluk.

Sangat lain kan dengan maksud dalam Quran terjemahan bahasa melayu.

Ia nya terasa lebih dekat di hati

Ayat Yaumiddin

Biasanya kita belajar, ia bermaksud hari pembalasan.

Kata akar addin adalah Da Ya Na

Maksud Da Ya Na adalah diberi kembali apa yang dipinjamkan kepada kita.

Maksud Yaumiddin dalam konteks surah Fatihah adalah Hari dimana kita beri semula apa yang Allah berikan kepada kita.

Semua yang kita ada, hatta tangan kita, mata kita, semua ini Allah punya, kita hanya pinjam.

Jadi, semua itu akan diberi semula pada Yaumiddin.

Cantik, kan :’)

Oh, lagi satu, perkataan zakat.

Kata akarnya adalah Za Ka

Za Ka bermaksud growing atau increasing

Zakat bermaksud growing dengan kesucian.

Best sangat kupasan adik ipar ai ni.

Ok lah, next class adalah next week.

Kalau uolls nak jemput adik ipar ai bagi ceramah mana-mana, roger2 je saya ok 😉

Oh, dia cerita dalam bahasa english, bahasa melayu dia masih tatih tatih lagi.

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *