Muhasabah

Bedtime story, bukan sekadar supaya anak suka membaca

Seperti biasa, kalau hubby training dekat2 area KLCC, maka pit stop wajib saya adalah Kinokuniya 😉

Subhanallah, banyaknya buku. Dalam hati terbit kagum, luasnya ilmu Allah. Luas teramat sangat luas. Untuk satu- satu theme, ada berpuluh buku. Entah- entah sebenarnya beratus- ratus.

Lepas jumpa buku yang berkenan berkaitan kesihatan & pregnancy, usha-usha kat bahagian children & parenting. Cam bese, banyak buku ajar cara membaca, maths, writing, etc. Semua lah yang bersifat akademik. Kalau bukan akademik pun, buku yg nak ajar cara boost IQ, EQ, baby’s intelligence lah. Saye pun tengok- tengok kot ada berkenan. Tapi ada satu buku ni, lain dari yang lain. Tajuknya ‘The Genius in Every Child’. Yang menarik perhatian saya, bila ada statement ‘Encouraging Character, Curiosity and Creativity in Children.’

Skim tru, menarik.

Tapi apa yang membuat saya tertarik sangat nak beli, was this one story.

Cerita ni dari kaca mata seorang ayah. Wife dia sentiasa bacakan bedtime stories kat anak diorang mase kecik2. Bila si anak dah get ready nak tidur, si ibu akan masuk bilik si anak dan memulakan sesi bedtime story. Kadang- kadang si ibu melayan si anak dekat setengah jam.

Bila dah besar sikit, si anak dah pandai baca sendiri. Tapi si anak tetap minta si ibu datang bilik setiap malam untuk rutin bedtime story. Tapi oleh kerana si anak dah pandai membaca, rutin tu berubah menjadi sembang- sembang ibu-anak sebelum tidur. Rutin ni berlanjutan sampailah si anak meningkat remaja.

Ada sekali tu, bila si anak dah meningkat remaja, dalam umur 15 tahun gitu, si ayah ni terdengar perbualan ibu- anak masa lalu depan bilik si anak. Si anak tanya si ibu, ‘Mak, is it ok for me to tell you anything, without you getting mad?’ [Haaaa? anak tu nak cerita hal dia kat mak dia? which for most teenagers, seems soo impossible!]

Si ibu pun jawab, ‘Sure dear, you can tell me just anything. I will not get mad or get hurt.’ [oh :’) ]
:’)

Nampak tak, kat sini bedtime story time, bukan sekadar untuk pancing anak suka membaca. Tapi lebih dari itu, rutin bedtime story adalah waktu untuk enhance relationship antara ibu dan anak. Mana lah ada kita dengar remaja rapat ngan ibu. Ada memang ada, tapi jarang sangat. Biasa kita dengar rebellious teens, atau sikit- sikit nak salahkan parents. Indahnya jika, bila ada masalah atau berita gembira, anak cerita kat kita dulu berbanding kat rakan2 dia. Dia lebih percaya kita berbanding kawan2 dia. Waaahhh 😉

Insya- Allah, boleh mengelak gejala sosial berlaku… Gejala sosial yang menakutkan berlaku sebab budak2 ni kurang perhatian, kadang mak bapak banyak duit, bagi duit je, anak tak merasa disayangi. Kadang mak bapak takda lah banyak duit sangat, sibuk mencari rezeki, anak rasa terabai. At least kita luangkan sikit saja masa dari 24 jam masa kita, untuk permata hati kita. Untuk kesenangan kita di hari tua jugak.

Buku ni pulak encourage kita utk cungkil kebolehan anak, rather than accelerating anak atau suruh dia buat itu ini. Let them enjoy their childhood, at the same time we guide them.

Menurut buku ni, 4 objektif untuk bedtime story
1. Untuk enhance hubungan antara ibu bapa dan anak
2. Pass down the culture membaca kan cerita/ buku kpd anak
3. Bagus untuk language development
4. Membantu anak belajar membaca

Jadi parents, jom kita spend at least 10 minit atau setengah jam, untuk membaca bersama anak, tak kira lah sebelum tidur ke, lepas solat ke. Dan tak kisah lah anak kecik usia newborn atau toddler. Its never too late. Lets develop the routine. For the sake of our relationship with our children. Insya-Allah, bila no secrets between anak dan ibu bapa, lebih mudah ibu bapa nak memahami dan guide anak.

Well, at least it works for me 😛 Masa sebelum kawin, semuaaaaaa cerita kat mak. Semua rahsia kat universiti. Walaupun pergi program atau usrah rahsia, mak mesti tahu. Huhuhu

Come lets read! =)

 
Sesi Abi dan Muhammad

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *