cara kecutkan cyst semasa mengandung
Cyst | ESP | Hamil

Benarkah Soya ESP Penyebab Cyst?

Cyst adalah sejenis seperti jerawat dalam badan kita. Ianya tidak bersifat kanser (non-cancerous)

Ianya normal dan boleh ada di mana-mana di dalam badan, cuma untuk wanita yang selalu dengar adalah cyst di bahagian ovari.

Kita tahu dalam jerawat mesti ada banyak kekotoran, kan?

Kalau kita ada jerawat di muka, antara pantang-larangnya adalah jangan lah picit jerawat itu. Nanti dia akan merebak ke tempat lain dan susah untuk hilang.

Jadi cyst dalam badan pun lebih kurang begitu. Cumanya bila ada dalam badan, takut kalau cyst ini terpecah, nanti ianya akan buat jangkitan di tempat lain pula. Macam jerawat di muka yang pecah, nanti jadi jerawat kat kawasan berdekatan pula.

Benarkah soya di dalam ESP penyebab cyst?

Kebiasaannya doktor akan cadangkan pembedahan untuk buang cyst. Cuma apabila sedang mengandung, ia agak komplikated untuk tidak mengganggu tumbesaran bayi.

Cuma, adakah benar penyataan sesetengah orang yang soya di dalam ESP merupakan punca cyst berlaku?

[alert-success]ESP adalah serbuk soya protein yang dihasilkan oleh syarikat supplement Shaklee. Ia telah di hasilkan pada tahun 1951 dan telah menjalani ujian klinikal dari doktor dan saintis yang berpengalaman luas dalam bidang nutrisi.[/alert-success]

Untuk menjawab persoalan di atas, mari saya kongsikan kisah seorang ibu (Puan Hanisah) yang mengandung dan telah pun di sahkan ada cyst.

Besar pula tu, dalam 7 cm. Terkejut juga.

cara kecutkan cyst semasa mengandung
Check Up Puan Hanisah

Mari saya kongsikan pengalaman beliau :

Kalau orang kata jangan minum ESP sebab soya, boleh sebabkan kanser, cyst dan fibroid; saya orang pertama yang bangkang!

Sebab saya sendiri dulu, ada ovarian cyst, 7cm tau!

Doktor tak boleh nak operate buang cyst sebab waktu itu saya di masih di awal kehamilan. Kena sabar tunggu sampai 12 minggu baru boleh operate.

Doktor juga bagitau risiko cyst boleh pecah dan menyebabkan infection pada peranakan atau ovari boleh berpusing.

Tak sangka cyst kecut

Kata-kata doktor memang sangat menakutkan. Masa itu memang tiada ubat atau solusi untuk situasi saya.

Memang tawakkal (berdoa) dan teruskan ambil Set Mengandung Shaklee termasuk ESP.

Alhamdulillah sebelum minggu ke 12, cyst saya dah kecut sepenuhnya, tak perlu bedah pun.

Benarkah soya penyebab kanser?

Baru-baru ini, ada orang bertanya kepada Dr Bruce Daggy semasa Landmark Study Road Tour berkenaan dengan kesan soya (ESP) yang mengandungi phytoestrogen dan benarkah soya merupakan punca kanser.

Dr Daggy maklumkan yang sepanjang kajian beliau, tiada bukti pun yang mengaitkan soya dengan kanser.

Lagipun katanya phytoestrogen (yang ada di dalam ESP) itu lemah.

Ianya tidak kuat seperti estrogen di dalam badan manusia yang boleh menyebabkan lelaki menjadi lembut atau punca kanser.

Kandungan phytoestrogen yang rendah di dalam ESP ini juga memang terbukti secara saintifik.

Lagipun, soya yang digunakan untuk hasilkan ESP adalah soya non-GMO iaitu soya yang tidak diubah secara genetik (baka), daripada benih sampai pengeluarannya.

ESP ini dihasilkan sejak 1951. Produk 50 tahun lebih, bukan setahun dua. Kalau betul bahaya, dah tentu berapa ramai orang yang mati sebab kanser sebab ESP.

Tetapi sebaliknya alhamdulillah ramai yang amalkan ESP semakin sihat dan bebas dari kanser.

Perbezaan Soya ESP

2 Sebab soya ESP lebih selamat:

1/ Soya non-GMO

Soya yang digunakan untuk hasilkan ESP tidak diubah secara genetik – maksudnya ia tidak mengandungi apa-apa bahan kimia yang membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang.

2/ Cara pemprosesan soya untuk hasilkan ESP

Cara pemprosesan membezakan kualiti soya. Soya ESP di cuci dengan air (bukan alkohol) dan di proses dengan suhu yang rendah.

Jadi Isoflavones, genistein, dan daidzen kekal di dalam soya ESP.

Isoflavones Ini sangat membantu merendahkan paras kolesterol, osteoporosis dan sakit jantung.

Genistein pula sangat baik untuk uterus, ovari dan prostat

Selepas saya dah rasa sendiri dan jadi testimoni ESP, saya pun tak faham kenapa ada orang cakap ESP itu bahaya,

Dr Bruce Daggy sendiri sahkan melalui kajian saintifik beliau dan ESP turut terbukti selamat dan berkesan secara klinikal.

  • Puan Hanisah

Pengalaman Puan Najihah Yang Juga Ada Cyst Semasa Mengandung

Suka juga saya nak kongsikan seorang lagi kenalan dalam rangkaian Shaklee, iaitu Puan Najihah. Beliau juga disahkan mempunyai cyst semasa mengandung.

Tetapi alhamdulillah berkat konsisten Set Mengandung Shaklee yang turut mengandungi ESP, cyst beliau kecut sepenuhnya.

Akak pun ada cyst semasa early pegnant si bongsu ini.

Cyst waktu itu sebesar 4cm+

Masa itu akak memang teruskan juga ambil Set Hamil Shaklee termasuk ESP

Semasa appointment dengan doktor, akak bagitahu “Saya nak teruskan minum soya, tetapi Protein Soya Shaklee.”

Doktor sendiri maklumkan yang tiada masalah dan boleh teruskan.

Alhamdulillah semasa check up nak masuk usia kandungan 5 bulan, cyst akak dah kecut dan tak jadi operate.

  • Puan Najihah

Kesimpulannya

Soya dari ESP tidak menyebabkan cyst, bahkan ia membantu cyst untuk mengecut sepenuhnya.

Fakta ini bukan berdasarkan testimoni semata-mata, tetapi juga telah terbukti secara saintifik melalui Landmark Study yang dijalankan oleh doktor bebas (doktor yang tidak berkaitan dengan Shaklee)

Apa Yang Terkandung Dalam Set Mengandung Shaklee?

Di dalam perkongsian di atas; kedua-dua Puan Hanisah dan Puan Najihah konsisten amalkan Set Mengandung Shaklee yang turut mengandungi ESP.

Set mengandung Shaklee yang lengkap mengandungi 6 vitamin penting untuk ibu hamil dan bayi yang sedang membesar di dalam rahim.

6 vitamin tersebut adalah :

1/ ESP

2/ B Complex

3/ Vitalea

4/ Vitamin C

5/ Ostematrix (tablet kalsium, magnesium dan vitamin D)

6/ Omega Guard

Harga Set Mengandung Shaklee

Set ini adalah untuk kegunaan sehingga 1-3 bulan.

Harga set ini adalah RM 592.60

Daftar ahli Shaklee untuk lebih penjimatan

Untuk lebih jimat, saya cadangkan anda terus daftar jadi ahli Shaklee.

Harga termasuk keahlian Shaklee hanya RM 571.95

Banyak kan jimat?

buang cyst semasa hamil
Set yang merangkumi semua kesihatan ibu dan bayi – HB cantik, tidak kebas atau cramp sepanjang kehamilan, bertenaga segar dan cergas, cukup asid folik untuk bayi, etc

Cara dapatkan Set Mengandung Shaklee

Untuk dapatkan set ini bersekali dengan daftar keahlian Shaklee untuk lebih penjimatan, anda boleh hubungi saya di email [email protected]

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *