Wish List

Berani Bermimpi

Saya dilahirkan di US (Amerika)

Tapi bila dah besar ni, saya tiada keinginan langsung nak ke US.

Tambahan pulak, bila tanya mak, mak kata antara US dan Jepun, mak suka lagi Jepun.

Dua-dua negara itu mak pernah duduk lama, bukan sekadar melancong.

Maybe sebab budaya dan betapa bersih, sopan dan welcoming sgt orang Jepun ni.

Tapi saya tak ingat, macam mana Allah buat saya terjumpa instagram orang ini.

Saya tak kenal dia, saya tak pasti kawan yang mana mutual friends.

Tapi yang menarik, masa dia tour US, dia cerita setiap tempat dengan penuh excitement dan kita yang tak pernah sampai pun, terasa macam ada di situ.

Antara yang membuat saya tertarik adalah cerita tentang Niagara Falls, Mojave Dessert dan Las Vegas.

image
Setiap gambar diceritakan penuh emosi excited!

Dan secara bawah sedar, saya terasa teringin nak ke US.

Bila tu tak pasti lah kan.

Menurut pemilik instagram ini, 4 tahun yang lepas, dia nak kumpul duit pergi Indonesia pun, susah.

Dan dia relate juga dengan asal usul dia yang ayah kerja pemandu teksi, mak surirumah, sekolah dulu bukan sekolah hebat.

Tapi alhamdulillah dia hari ini dah pun berjalan ke New York, UK etc.

Bagi saya, kalau kita mahu sesuatu, pastikan kita ada perasaan nak sangat-sangat. Bayangkan kita dah dapat.

Kalau susah nak bayangkan, boleh lah cari entry atau perkongsian dari sesiapa yang describe impian kita dengan penuh perasaan.

Pastinya kita akan terasa jugak perasaan best itu.

Jadinya, selepas ini, insya-Allah US masuk dalam wish list, selepas Jepun dan German. Haha.

Ada 2 vacation ke Jepun this autumn and coming winter, Insya-Allah 🙂 🙂

Oh, instagram orang tersebut adalah faizdickievp. Mungkin anda pun nak terjah tengok.

Thanks for reading this entry! 🙂

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *