berapa diapers untuk bayi
Berpantang

Berapa Diapers Untuk Bayi Baru Lahir

Ada baby boleh tahan walaupun diapers full dan tak tukar. Tapi macam Muhammad dulu, asal kencing je, mesti nak tukar sebab dia geli. Kalau buang air besar, lagi lah kan.

Saya cadangkan untuk first time nak beli diapers, tak kira lah sama ada anak pertama atau anak ketiga, beli brand yang biasa dulu.

berapa diapers untuk bayi
Comel kan, tapi tak sure brand apa

Pengalaman Bersama Muhammad

Contoh macam Muhammad, mula-mula kitorang beli brand Huggies kalau tak salah, dan alhamdulillah dia boleh tolerate. Dan akhirnya nak jimat punya pasal sebab dia ni jenis cepat geli dan asyik nak tukar, kami beli diapers yang tanpa brand.

Pernah juga guna Cloth Diapers.

Pengalaman Bersama Maryam

Tapi untuk kes Maryam, dia tak serasi dengan brand biasa. Nak MamyPoko aje sebab kulit dia sensitif. Mak cerita, anak perempuan memang gitu.

Wiper pun nak jenis yang branded sebab kalau guna yang biasa seperti Anakku atau Pigeon, kulit Maryam cepat melecet.

Huggies pun Maryam tak boleh terima. Tapi alhamdulillah saban bulan cubakan juga dengan diapers yang lebih ekonomi, dan sekarang Maryam dah boleh terima Drypers.

Panduan Bilangan Diapers Untuk Bayi Baru Lahir

Berikut saya kongsikan panduan untuk ibu baru atau ibu yang dah banyak anak, tapi terlupa, tentang berapa keping diapers yang newborn perlukan dalam masa sehari.

Jadi kita boleh lahΒ bajet.

Kalau baby anda menyusu susu ibu (breastfeeding) dan jarang buang air besar, jangan risau. Ia adalah normal kerana semua susu ibu diserap oleh tubuh baby. Kalau susu formula, ada bahan buangan susu formula ada bahan kimia.

Biasanya sekali buang air besar selepas 10 hari, adalah kategori masih boleh terima.

berapa diapers untuk bayi
Jumlah diapers yang diperlukan dalam masa sehari

Pee merujuk kepada air kencing bayi dan poo merujuk kepada air besar bayi.Β Poo tu macam kerap sebab sikit-sikit je pun air besar untuk setiap sesi.

Untuk elak kulit melecet dan mempraktikkan amalan bersih sejak bayi, bagus lah setiap kali baby kita buang air, kita tukar diapers, terutamanya air besar.

Kalau nak jimat, boleh gunakan cloth diapers untuk baby baru lahir. Cloth diapers pun kena pilih yang serasi dengan baby.

Ok itu saja rasanya yang saya kongsikan buat hari ini πŸ˜€

Insya-Allah next time kita sambung cara tengok najis baby kot dia sakit perut ke, pening ke πŸ˜‰

Oh, kalau minat nak dapatkan Set Bersalin Shaklee, boleh contact je saya di:

Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

2 Comments

  1. betol la deeja, anak perempuan memang demand skit kan. ehehe..pengalaman yang sama mcm akak. anak sulong boy, ok ja apa2 brand. second girl memang tak boleh guna brand sebarangan, tp nasib baik la petpet aje..ehehe..xla terasa sgt macam mamypoko πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *