Berimpian Lah Betul-Betul

Tak sangka pulak dah pi Jepun 3 kali tahun ini.

image

Kat Yoyogi Park kalau tak salah

Rumah untuk Investment punya lah liat nak beli walau sebiji.

Apa yang saya nampak, kalau kita nak, kita pasti akan kasi jadi jugak, sudah tentu dengan izin Allah.

Setiap kali nak ke Jepun, duit bukan ada sangat pun.

Ada satu trip tu, tinggal tak sampai RM 500 dalam bank.

Ikut logik, boleh lepas makan je lah. Itu pun makan versi bajet.

Redah je.

Kuasa Allah, Alhamdulillah, masa di Jepun tu, rezeki Allah datang kan jugak.

Impian kita dan orang lain adalah tidak sama.
Usah hidup dalam cita-cita manusia lain, nanti kita selamanya tidak bahagia.

Kenapa ada beberapa impian kita yang belum tercapai?

Mungkin ia bukan benda bererti dalam hidup kita.

Atau mungkin kita tak rasa apa impak nya kalau kita capai impian tu.

Kalau sungguh mahu, pasti minda separa sedar kita akan push kita untuk dapatkan juga dan Allah izinkan tercapai.

Deep down in our heart, diri kita sangat mahu, maka dengan izin Allah, pasti tercapai.

Tapi apa cerita dengan impian yang belum tercapai, tapi kita tahu untuk kebaikan kita?

Untuk versi itu, kena banyakkan lagi cari cerita atau pengalaman orang yang dah capai impian yang boleh rangsang rasa teruja dalam diri kita.

Eh, kalau kira, total duit travel tu dah boleh beli rumah tau.

Haha.

Tapi itu lah, ia datang bukan masa nak beli rumah, tapi masa dalam proses nak travel.

Kena cari lagi cerita orang yang excited lepas beli rumah dan berjaya jana pendapatan dari rumah sewa.

All in all, rezeki adalah datang dari Allah.

Dan satu saya perasan. Layan lah anak dengan baik.

Selalu kita tekankan buat baik dengan ibu bapa, kan?

Saya tak cakap salah.

Tapi, kita ni dah jadi ibu bapa dan dah ada anak-anak kecil.

Selalu kita, saya terutamanya, akan layan anak seperti kita ni boleh arah dan suruh apa saja.

Anak tak boleh tantrum, tak boleh meragam, tak boleh buat hal, tak boleh menangis tanpa sebab dan the list goes on.

Kita lupa agaknya, beza umur kita dan anak berpuluh tahun.

Cuba rendahkan ego dan layan anak sehabis baik, setiap tangisan tanpa sebab setiap ragam setiap hal yang dia buat.

Bila travel, bila kami mula ubah cara layan anak, Subhanallah, rezeki masuk dari arah tak tersangka.

Mereka adalah pintu rezeki dan kami hanya menumpang rezeki mereka.

Itu je nak cerita 🙂

Insya-Allah nantikan entry tentang percutian ke Tokyo kami in the next few days 😉

Thanks for reading this entry!

2 Comments

  1. Zaleha Awaluddin 3 December 2015
  2. norehan saad 3 December 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares