Insurans

Beringat Sebelum Kena

Insurans.

Benda ni memang saya tak berapa faham. Sebab suami saya uruskan semua.

Haha.

Kami ambil Prudential, kebetulan masa duduk rumah mak, apak discuss dengan agent dia.

Alang-alang tu, suami saya pun ambil insurans dengan agent apak.

Saya tak berapa faham apa benda insurans ni.

Sikit je yang saya faham, kalau ditakdirkan suami saya pergi dulu, saya dan keluarga dapat sedikit duit.

Beberapa tahun pun berlalu.

Suami saya berhenti kerja. Disusuli dengan junior universiti kami.

Suami saya menjalankan kelas pemasaran menggunakan blog dan Facebook.

Junior kami buat insurans Takaful.

Baru Celik Mata

Selepas Hannah lahir, junior ni datang rumah. Dan masa itu lah suami saya dapat banyak maklumat berharga tentang Prudential.

Tapi suami tak banyak cerita pasal insurans ni kat saya. Saya pun tak tanya.

Benda gini kadang malas nak cerna. Huhu.

Kemudian, suami saya ajak agent kami datang rumah untuk bincang tentang polisi.

image
Lama tu bincang setiap satu polisi

Suami cakap, banyak benefit yang junior kami cerita, tapi agent kami tak highlight.

Dan saya bersyukur suami saya ajak agent tu datang rumah. Biasanya diorang berjumpa di luar.

Sebab bila agent datang rumah, saya pun terpaksa dengar perbincangan, tak pasal-pasal saya pun faham sikit sebanyak pasal insurans.

Suami saya revise, apa benefit yang junior kami bagitau, yang tiada dalam polisi, dan minta untuk tambah.

Contoh benefit :

1) Accidental Death apa tah

Kalau accident, dapat coverage.

2) Critical illness

Asalnya kami letak RM 20k je.

Ape ke benda lah. Penyakit macam kanser tu,  rasa 20k tak lepas.

Jadi kami up kan nilai nya ke RM 300k gitu

3) Organ apa tah

Maksudnya kalau organ kami rosak, dan perlukan pembedahan, insurans akan cover.

Realiti di Malaysia, untuk pesakit yang sakit organ, it’s a long queue sama ada di hospital kerajaan atau hospital swasta.

Kalau ada coverage, boleh lah cepat kan sikit prosedur.

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Ada 2 perkara penting yang saya belajar:

1) Usah berkira

Bila saya mula faham tentang setiap benefit, saya mula rasa, betul lah, usah kita berkira untuk insurans.

Kita tak tahu apa akan jadi di masa depan.

Mungkin kita nampak sihat hari ini. Esok lusa?

2) Jaga kesihatan

Mungkin kita boleh letak coverage to the maximum.

Atau mungkin kita banyak duit, kalau masuk hospital, boleh dapat wad paling mahal.

Tapi, ketahuilah, bila kita sakit, rasa itu, kita sorang je yang akan tanggung.

Doktor yang hebat, nurse yang terbaik, mereka hanya boleh bantu sahaja.

Yang tanggung sakit tu, kita.

Contoh paling senang, selsema yang hidung tersumbat.

Kita sorang je yang tanggung sakit tu.

Walaupun mak kita masakkan makanan, atau suami tolong jaga anak, sakit tu tetap kita je yang merasa.

Jadi, adalah lebih baik kalau kita beringat sebelum sakit kritikal datang menjengah.

Masa tu jugak lah saya teringat kan Vivix Shaklee.

Vivix bakal dijadikan supplement harian.

Setakat berapa ratus je untuk kesihatan yang baik. Sebab kalau kita tak sihat, bukan kita sorang je susah. Orang lain pun ikut sama susah.

Paling penting, anak kita nanti macam mana? Kalau ada orang boleh jaga kita masa kita sakit, kita nak ke sakit tu?

Kalau kami ditakdirkan tua, saya berharap sangat tua kami adalah tua yang sihat tiada penyakit.

Tengok saja Tun Dr Mahathir.

Tua, tapi masih nampak muda, cergas dan sihat.

Oh, sebenarnya nak cerita pasal Prudential, ambil lah insurans sebelum anda menyesal.

Jika anda pernah dengar viral Prudential penipu, bagus anda follow blog bijak takaful.

Saya suka nak cadangkan, bagus juga kalau anda yang belum ambil insurans, untuk ambil dengan junior kami, Zaman.

Dia sangat well versed tentang benefit Prudential.

Memang suami saya berkenan sungguh la dengan Zaman ni. Tapi nak buat cemana, dah ada agent kan.

Untuk Hannah, dan tambah medical saya, suami saya buat dengan Zaman ni.

Medical saya yang banyak berkaitan dengan benefit wanita tu.

Sebelum ni tak tahu tau. Terima kasih ya Zaman.

Ok, that’s all untuk entry kali ini. Moga bermanfaat untuk anda.

Thanks for reading!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *