Berjumpa ID Untuk Ruang (Pejabat) Baru FAMES
Baru selesai berbincang bersama Interior Designer (ID) berkaitan ‘design’ pejabat dan ruang seminar FAMES
Kalau sebelum-sebelum ini kami berpendapat cukup sekadar tumpang di pejabat orang, iaitu sewa satu bilik sahaja.
Bila ‘team’ semakin bertambah, perniagaan semakin membesar, nak tak nak FAMES perlu juga ada ruang sendiri.
Buat permulaan ini pejabat FAMES akan beri tumpuan kepada ruang seminar, ruang perbincangan bersama klien dan ruang staff.
FATIH pula dijadikan sebagai ‘quarters’ untuk staff FAMES yang bujang.
Alhamdulillah setakat ini kami berpuas hati dengan reka bentuk yang di cadangkan. Nanti kita tunggu sebut harga pula.
Harapnya menjelang hujung tahun ini, ruang FAMES ini sedia untuk berbakti sepenuhnya.
Wahh terbaik lah akak. Moga terus sukses