Bermain Bersama Gajah di Kuala Gandah, Pahang
Dulu tak ingat bila, masa Maryam kecik, pernah pergi. Kali ni nak pergi lagi sebab Muhammad asyik sebut gajah je.
Dah buku dia pun ada gambar gajah. Kita nak cerita pasal Kisah Tahun Gajah dan Burung Ababil, di sebutnya gajah sampai ke sudah.
Jadi lah pi tengok gajah kat Kuala Gandah, boleh bagi makan, boleh pegang gajah.
Jalan Tengok Gajah di Kuala Gandah
Kuala Gandah ni kat Pahang. Kalau dari Kuala Lumpur, spesifik nya area Gombak, perjalanan ambil masa sejam setengah.
Exit kat Lanchang, lepas exit akan jumpa simpang tiga dan belok ke kanan. Follow je signboard untuk ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary.
Fee masuk adalah percuma.
Deerland
Dekat situ sebelum simpang masuk gajah, ada simpang masuk Deerland.
Oleh kerana Gajah Show pukul 2, lepas sat tengok gajah, kitorang pi Deerland, lepas tu datang tengok gajah balik 😉
Dekat-dekat je.
Fee masuk Deerland adalah RM 15 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas dan juga dewasa.
4 Tips Melawat Gajah di Kuala Gandah
Gajah adalah boleh pegang dan diberi makan. Gajah makan tebu dan pisang, boleh beli kat situ je.
(1) Sediakan duit kecil untuk beli makanan gajah, singgit singgit lah sebab budak-budak ni suka sangat tengok kita bagi makan gajah.Seikat tebu RM 3 dan sesikat pisang RM 5
(2) Bawa air mineral yang mencukupi supaya tak haus
(3) Bawa tuala dan baju spare in case nak sertai aktiviti mandikan anak gajah nanti
(4) Gajah show adalah pada pukul 2 tengahari, jadi sila bawa topi besar atau payung siap-siap sebab takde tempat duduk, kita berdiri kat open area je tengok gajah perkenalkan diri 😉
Muhammad dan Maryam suka dengan gajah, tapi takut nak dekat.
Jom layan gambar!
Deerland – Bukan takat ada rusa je, macam-macam pun ada





Gajah di Kuala Gandah – Gajah upclose!!





Lepas sesi bergambar bersama gajah, diorang akan ajak crowd mandikan anak gajah dalam sungai tadi.
Sungai tu dalam tau, orang dewasa sampai aras leher. Kalau gajah duduk dalam sungai tu memang just nice lah sebab gajah besar.
Oleh sebab Maryam dan Muhammad ni, suruh pegang gajah pun takut, kitorang decide tak payah lah join. Nanti ada yang buat drama pulak. Dah la sungai tu dalam.
Ok, till then, kita bersambung di lain kali 🙂