Gentle Natural Birth | Hamil

Bersalin Tanpa Sakit dan Tanpa Dadah

Kita berkenalan dulu ya dengan konsep apa itu gentle birth sebelum masuk ke perkara yang lebih menarik. Tak kenal, maka tak cinta kan? Jika tak tahu apa itu gentle birth, maka macam mana pulak berminat nak apply kan? 😉 Saya sertakan di sini video youtube tentang pengenalan apa itu Gentle Natural Birth, disampaikan oleh panel dari Indonesia. Tapi asal idea dan konsep HypnoBirthing adalah dari US

Apa yang menarik perhatian saya, sebagai seorang muslim, kita selalu dengar dan tahu tentang rangkap ‘ibu yang melahirkan anak dibersihkan dari segala dosa, umpama baru lahir.’ Rupa-rupanya, phrase ‘dibersihkan dosa, umpama baru lahir’ BUKAN merujuk kepada rasa sakit semasa bersalin, BUKAN merujuk kepada berapa ratus ribu urat terputus semasa bersalin. Tetapi ia merangkumi hal yang lebih besar- mengakui dan merasai semasa detik bersalin bahawa HANYA ALLAH TUHAN YANG MAHA BERKUASA!

Panelis ni saya tak pasti agama diorang. Tapi bersalin secara gentle natural birth akan membuatkan kita merasa bahawa Tiada Tuhan Melainkan ALLAH. Tiada yang lebih berkuasa melainkan ALLAH. Ku tidak memerlukan sesiapa melainkan hanya Allah!

Semasa bersalin, kita sendiri tanpa dipaksa dan disuruh akan benar- benar menghayati dan merasai betapa hebat dan bijak nya Allah men design tubuh dapat melahirkan anak sendiri TANPA memerlukan bantuan kita si ibu atau bantuan manusia lain seperti doktor.

Sesungguhnya, hanya ALLAH, hanya ALLAH Paling Berkuasa!

Tapi sebelum nak lalui detik berharga penuh dengan amazement dan excitement ni, kita perlu belajar terlebih dahulu tentang bagaimana kelahiran berlaku. Boleh hubungi saya untuk mengetahui kelas yang berkaitan. Berbaloi setiap sen! (worth every penny spent!)

Tapi sah- sah lah bukan belajar melalui antenatal class di klinik atau hospital kat Malaysia ni, sebab antenatal class kat Malaysia ni selalu nak bagitahu bahawa doktor lah paling tahu, paling bijak, paling bagus. (eh, tapi saya bukan anti doktor… cuma ada sesetengah doktor yang tak hormat kehendak ibu. Ada yang hormat dan faham kehendak kita, saya akn senaraikan dalam entry berbeza nanti insya-Allah) Memang sangat berbeza dengan antenatal class di negara maju seperti UK (berdasarkan pengalaman kawan saya yang pernah bersalin di UK) 

Ok lah, banyak celoteh saya 😛 Enjoy! =)

Oh, jika anda berminat untuk mendapatkan Set Hamil Shaklee, boleh hubungi saya :

Khadeejah Hasmad
Shaklee Independent Distributor ID: 858755
SMS / CALL: 019 – 477 3457
Email: [email protected]

Mengenai Penulis:
Khadeejah Hasmad telah menghadiri kursus HypnoBirthing dan kursus ‘Amani Childbirth Educator & Doula serta merupakan Shaklee Independent Distributor. Anak pertama beliau telah dilahirkan secara ‘all natural, without drugs’ dan kisahnya boleh dibaca di sini. Beliau sedang mengandungkan anak kedua dan merancang untuk ‘homebirth’, insya-Allah.

Sekiranya anda inginkan ‘all natural’ supplement dan ‘all natural’ birth, beliau boleh dihubungi di 019-4093457 ataupun via email ke [email protected]

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *