Muhasabah

Bersyukur Untuk Nikmat Yang Sedikit

Dalam Quran disebutkan “..Bersyukurlah kepada-Ku, akan Aku tambahkan nikmat kepada mu..” [surah Ibrahim: Ayat 7]

Saidina Ali r.a pula menyebut, “Hendaklah kamu menyebut-nyebut nikmat mu. Dan menyembunyikan ujian mu.”

Mat saleh pun ramai yang menekankan konsep bersyukur pada benda yang kecil untuk attract nikmat yang lebih besar.

Sebagai contoh, Steve Harvey, seorang multi-millionaire menyatakan, “Kalau benda kecil pun anda tak pandai nak hargai dan syukuri, bagaimana anda expect anda akan dapat nikmat yang lebih besar?”

Analogi Mainan Untuk Anak Kecil

Saya berikan analogi sebagai pemudah faham saya dan kita semua.

Kita ada anak, kita sayang kepada anak kita. Kita nak beri yang terbaik kepada anak kita.

Kita nak beri mainan terbaik kepada anak kita, tapi disebabkan faktor usia dan kematangan, kita risau kalau anak kita tak pandai nak jaga.

Jadi untuk permulaan, kita akan beri permainan yang kecil dan sedikit, untuk lihat macam mana anak kita uruskan dan jaga.

Jika anak kita suka, dan bagitau seronoknya dapat mainan ini, walaupun mainan itu murah, mesti kita bahagia, betul kan?

Dan anak tersebut jaga dengan cermat, lepas main, simpan elok-elok, mesti kita suka dan rasa nak beli mainan yang lebih mahal dan sofistikated, betul kan?

bersyukur

Tapi jika anak kita merungut, mengeluh, menyatakan alah mainan ni mesti murah, dah la kecil, takde lampu. Apa perasaan kita?

Sebagai ibu/bapa, mesti kita terguris perasaan dan sedih. Ditambah pula mainan tersebut dirosakkan dan di campak merata-rata sampai bersepah rumah.

Apa perasaan kita? Nak ke kita belikan mainan yang lebih mahal dan sofistikated?

Mesti kita jauh hati, betul?

Allah Beri Lebih Banyak Nikmat, Bila Kita Syukuri Nikmat Sedia Ada

Begitu juga dalam kehidupan sebenar kita.

Kalau kita pandai hargai nikmat yang kecil, sekecil nikmat mampu bernafas tanpa menggunakan tong oksigen, maka pasti Allah akan hadiahkan dengan nikmat yang lebih besar, tak terjangkau dek pemikiran kita.

Kalau tak tahu sangat nak syukuri apa, cek nadi kita, syukuri lah kita masih hidup!
Kalau tak tahu sangat nak syukuri apa, cek nadi kita, syukuri lah kita masih hidup!

Sebab yang sikit pun kita pandai hargai, jadi layak lah untuk dapat lebih lagi untuk kita hargai dengan lebih banyak.

Hidup ini adalah hadiah dari Allah. Uruskan mengikut macam mana yang Allah suka. Benda yang kita tak suka, kita serahkan semula kepada Allah, kita minta Allah uruskan.

Benda yang menarik, kita syukuri. Setiap hari tulis 10 perkara untuk disyukurkan. Fokus kepada perkara yang menggembirakan kita.

Allah sayang anda. Allah sayang kita semua.

Mari spread the love, mari perbanyakkan kesyukuran!

Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *