Muhasabah

Bertahan!|Hari #10: Cabaran 30- Hari Entry

Antara motivational quote kegemaran saya adalah:

“Alang- alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!”

Saya tak tahu ape benda pekasam tu. Yang saya tahu, peribahasa ni bermaksud, alang- alang dah struggle susah payah, buat lah sampai jadi sampai berjaya. Bertahan!

Kalau rasa letih dan rasa nak give up di tengah jalan, pause kejap, kejap je. Jangan lama- lama. Lepas tu sambung fight! Jangan persia – sia kan usaha kita selama ini.

Orang yang berjaya adalah orang yang bertahan biar dah beratus kali gagal.

Thomas Edison

Kalau Thomas Edison cepat give up, tak wujud lah light bulb di dunia ni, entah ada lampu atau tidak tahun 2014 ni. Thomas Edison berjaya temui cara hasilkan light bulb yang berfungsi, pada cubaan yang ke… 10,000 kali!

Bukan kali ke 10 atau kali ke 20. Tapi kali ke 10,000! Kita, amacam?

Thomas-Edison-Quotes

Chicken Soup for The Souls

Penulis buku motivasi bersiri Chicken Soup for the Souls, Jack Canfield terpaksa menghadapi penolakan 140!! penerbit buku sebelum buku tersebut di terbit.

Penerbit yang setuju tu pun asalnya bukan penerbit terkenal atau penerbit besar. Di awal penerbitan buku, Chicken Soup for The Souls hanya di jual di but – but kereta

Tapi berkat usaha gigih tanpa kenal putus asa, Chicken Soup for the Souls kini bukan sahaja telah dijual lebih dari 100 juta buku, bahkan di terjemahkan ke dalam 40 bahasa! Boleh lah cari kat Kinokuniya, MPH atau Popular.

Buku pertama mereka. Lepas buku ni, ada banyak lagi siri -siri buku
Buku pertama mereka. Lepas buku ni, ada banyak lagi siri -siri buku

Maksud sini, bukan bahasa English je ada., bahasa Melayu pun ada tau.

Ia simbol kepada kejayaan hanya datang setelah datangnya kesusahan dan beberapa siri kepayahan.

Dan yang paling klasik dan menyentuh hati saya..

Muhammad b. Abdullah

Kalau lah yang teramat mulia Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi berputus asa saat dia di baling batu oleh penduduk Thaif hingga berdarah, di letakkan najis unta saat dia solat di Ka’abah, di jatuhkan makanan busuk oleh jiran yahudi nya saat dia berjalan keluar dari rumah., di asak dari luar dan dalam kota sewaktu perang Ahzab dan macam- macam lagi siri ujian yang menduga keimanan..

Kalau lah kekasih Allah ini berputus asa.., maka takkan berkembanglah dunia ini.

Jangan tak tahu, dunia ini berkembang dengan Islam. Cerdik pandai Islam membukukan pelbagai ilmu di waktu kegemilangan Islam. Sains, teknologi, ilmu perniagaan, semuanya dikuasai oleh muslim suatu ketika dahulu

Tapi kegemilangan Islam mula runtuh saat penguasa dahagakan kuasa tampuk pemerintahan melebihi rasa takut kepada Allah.

Dan kalau lah kekasih Allah ini berputus asa., kita tak mungkin kenal Islam, agama yang indah dan penuh dengan kasih sayang.

Jadi, lihat balik target hidup kita. Target bisnes, atau target di office, atau target penyusuan, atau apa sahaja target. Memang hidup ini di cipta untuk menguji manusia.

Dan semua ujian adalah bertujuan supaya kita kembali merayu dan merintih kepada Allah.

Akhir sekali, saya hadiahkan anda dengan video pendek ini. Tokoh -tokoh dunia, yang awalnya di kutuk dan dibuang, tapi cuba tengok sekarang, di mana mereka?

Alang- alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Alang – alang dah mulakan langkah, habiskan hingga berjaya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *