Muhasabah

Bila Anda Mula Nak Give -Up

Semalam ada sembang lewat malam geng GGCC tatkala ai siapkan final entry.

Menarik, kami berbincang tentang takdir dan usaha.

Ramai orang suka sangat salahkan takdir bila tak dapat sesuatu. Mula lah nak cakap, dah takdir, Allah jadi kan aku camni.

Erk.

Tiada kejayaan datang bergolek…

Ada 3 personaliti yang terkenal satu dunia, maksudnya bukan dikenali hanya kat negara diorang, kejayaan mereka bukan sebab jalan mereka senang.

Malah rasanya jalan mereka susah berjuta kali berbanding kita.

  1. Thomas Edison

    Semua orang tahu Thomas Edison founder syarikal GE (General Electric) yang sangat gah di dunia.

    Dan semua orang jugak tahu yang Thomas Edison di awal reka ciptanya, dia menemui kebuntuan bukan sekali, bukan 2 kali, tapi 999,999 kali! (baca ada 6-angka 9 kat situ)

    b46637f9fd09e72e8edd471a0706f666

  2. Robert Kiyosaki

    Semua orang tahu Robert Kiyosaki kaya gila, macam-macam buku dia terbitkan dan dah taraf financial freedom pun.

    Tapi ramai orang tak tahu, di awal usaha dia untuk financial freedom, dia pernah homeless!

    Takde tempat tinggal! Tidur dalam kereta sahaja walaupun dah berkahwin.

    Dan pernah ditipu oleh business partner beribu-ribu, business partner tak malu tu ambil untung syarikat, dan lari ke luar negara.
    Robert-Kiyosaki-Picture-Quote-Poor-To-Rich

  3. Donald Trump

    Semua orang tahu Donald Trump kaya gila, cakap nak apa, semua jadi.

    Tapi ramai orang tak tahu dia pernah diisytihar bangkrap!

    Apa benda bangkrap ni?

    Bila banyak sangat hutang, sampai takde apa harta yang boleh langsaikan hutang.

    Bayangkan korang hutang RM 5 billion kat bank, tapi aset korang hanya RM 5,000

    Mana nak cekau duit?
    success-donaldtrump

Orang hebat, orang berjaya, orang yang taraf financial freedom semuanya ada beberapa perkara yang sama.

Apa dia?

  1. FOKUS

    MerekaΒ FOKUS. Aku nak financial freedom, aku akan usaha sampai dapat!

    Bahkan Robert Kiyosaki di masa kejatuhan dia, dia pernah terfikir, dengan degree dia, boleh je dia nak apply kerja makan gaji kat mana-mana company dia suka.

    Tapi dengan berbuat begitu, dia tahu objektif dia tak kan tercapai.

    Jadi dia tabah, kuat, dan berdiri semula. No turning back!

  2. Tidak menyalahkan takdir

    Takde pulak diorang dok cakap, dah sampai sini je lah aku diuji. Malas dah nak usaha lagi.

    Bahkan orang-orang berjaya, lagi kuat dugaan, lagi berkobar semangat mereka untuk prove, “I am bigger than any problem!”

Semua orang hebat ada kisah sakit masing- masing.

Jadi sebelum kita yang baru berusaha sekali, dua kali, 10 kali rasa nak angkat bendera putih, tengok balik figure-figure di atas.

Dekatkan diri dengan Allah

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w, beliau bersabda:

“Tidak ada yang dapat menolak takdir (ketentuan) Allah Ta’ala selain berdoa. Dan tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang, selain doa.” [H.R Tirmizi]

Bila rasa down, jangan salahkan Allah. Jangan cakap aku tak boleh go lagi sebab Allah takdirkan begitu.

Tapi merayu kat Allah, “Ya Allah.. Aku buntu ni.. Tolong lah beritahu aku macam mana nak buat..”

For this, saya sangat teramat sarankan, baca lah buku Limitless dari seorang figure yang kudung kedua tangan dan kedua kaki nya, Nick Vujicic.

1

Kenapa dia boleh, kita tak boleh?

Nota: Nick ni dah merantau ke lebih 40 buah negara, dan mempunyai double degree, salah satu nya dalam accounting

Let’s keep on fighting for our goal!

Mahu daftar jadi ahli Shaklee?

Hubungi saya:

Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *