Muhasabah

Bila Segalanya Kelihatan Umpama Tiada Harapan, Allah Ada Jawapannya

Cuba bayangkan, apakah perasaan kita bila kita akan di campakkan ke dalam api yang marak.

Masa tu semua orang di sekeliling kita tiada seorang pun nak membantu, polis pun takde.

Apa perasaan kita? Apa yang akan kita lakukan?

Nabi Ibrahim dan Raja Namrud

Mari kita semak semula sirah nabi.

Nabi Allah Ibrahim pernah di campak ke dalam api yang marak oleh Raja Namrud.

image

Masa tu tiada siapa nak membantu untuk padamkan api atau selamatkan Nabi Ibrahim.

Hanya ada seekor burung pipit yang ulang alik ambil air dalam paruhnya yang kecil untuk usaha padamkan api.

Tapi adakah Nabi Ibrahim cakap, “Nak buat cemana, dah nasib aku gini. Mati lah aku.”

Takde, kan?

Bahkan dengan penuh pengharapan dan tawakkal yang tinggi, Nabi Ibrahim menuturkan, kalimah indah Hasbunallah wa nikmal wakeel

Cukuplah Allah sebagai pelindung ku, dan Dia sebaik-baik penolong.

Dan Alhamdulillah rentetan itu, api yang marak menjadi sejuk.

Keajaiban dari Allah

Boleh bayang tak, api yang panas tu jadi sejuk?

Macam tak masuk akal, kan?

Itu lah keajaiban Allah untuk hamba-Nya yang percaya kepada Dia.

Dalam konteks kehidupan kita, mungkin ada saja benda yang kita nak tapi rasa mustahil nak dapat.

Masa semakin suntuk.

Tuturkan lah kata-kata indah ini. Mohon Allah untuk tenangkan hati kita yang gundah.

Ingatlah akan Allah.. Sesungguhnya Dia sebaik-baik penolong dan pelindung kita.

Bila harapan seumpama malap, ingat lah, Allah ternanti-nanti rayuan dan rintihan dari kita.

image

Tak akan Dia biarkan kita sendirian.

Pasti Dia akan tunaikan hajat hamba yang memohon dengan sepenuh pengharapan.

Moga pembaca blog ini semua dimudahkan urusan, diperluaskan rezeki dan sentiasa dalam pimpinan rahmat kasih sayang Allah.

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *