Family

Bila Suami Offshore

Bila suami offshore:

Pic dari Google

1. Takda lah sedih macam masa kitorg PJJ- sorang kerteh dan sorang KL. Sebab tahu this period has its duration. So tunggu je la hubby balik, maximum two weeks. Belum sampai tahap macam Mak lagi lah, yang kena bersabar bila Apak outstation oversea for months T_T

2. Isteri perlu stay ceria dan gembira, supaya suami dapat fokus buat kerja, dan cepat siap. Tapi kalau tak siap jugak, isteri kena sabar lah. Huhu. Suami ni, nature dia sentiasa nak gembirakan isteri. Kalau isteri moody, mood suami ke laut, kerja dia pun tak jalan. Kalau pun kerja dia jalan, kerja dia tak tip top.

3. Sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat, dan menggembirakan. Jangan fokus sangat kepada kesedihan tinggal sorang ngan anak. Buat apa lah nak layan sedih. Cuba sibukkan diri dengan bermain dengan anak, ajar anak membaca atau menulis supaya bila hubby balik terhibur tengok, eh anakku dah pandai mengaji lah! =) Alhamdulillah

4. Sentiasa berdoa kepada Allah, moga di kuatkan hati kita suami isteri untuk bersabar dengan ujian kejauhan ni. Isk, tapi memang stress kalau suami takda, especially time anak meragam, time nak kena buat decision untuk business. Kembalikan segalanya kepada Allah..

5. Berjauhan ni kadang- kadang perlu gak, untuk refresh the love :”> Ni yang rasa nak ajak pi honeymoon ni 😛

6. Sentiasa tengok pada orang yang lebih kuat ujiannya. Cam saya, saya tengok pada Kak Cery. Hubby dia kerja offshore selama satu bulan. Dan lepas tu cuti seminggu je kat rumah! Bayangkan, kita dapat spend masa bersama suami- seminggu je daripada sebulan! Hah, sapa leh tahan? Tapi Kak Cery tabah, dia sibukkan diri ngan biz, skarang biz Kak Cery dah kukuh, dapat 5 figures income permonth! =)

7. Ape lagi ek

Hubby saye dah dekat seminggu di offshore. Alhamdulillah baby Muhammad sihat, tak demam rindu. Huhu. Main aja kerja nya. Makin banyak nak di explore, makin cerdik! 😀

Mak tanya, berapa hari dapat cuti? Pastu saya jawab lah. Pastu Mak kata, orang muda ni kena kerja kuat, jangan pulak kita isteri ni suruh suami ambil cuti lepas balik dari laut. Kerjaya adalah sangat penting untuk suami dan keluarga kita. Biar dia kerja kuat- kuat. Kalau nak banyak cuti atau nak goyang kaki, tunggu dah tua nanti. Masa ni lah kena kumpul banyak pengalaman, ilmu, etc.

Mak boleh cakap cemtu, sebab mak dah merasa yang lebih hebat. Masa saye kecik2 dulu, Apak kerap oversea outstation. Sekali pergi, ada lah 2 3 bulan tak balik rumah. Cuti kat rumah sekejap sangat. Ngan sorang2 nak kena uruskan anak -anak, masa tu tak pakai email. Biasa Mak ngan Apak berutus surat. Jarang Apak boleh call sebab call rate adalah sangat mahal.

Jadi, para isteri sekalian, sila lah sokong suami anda jika dia kuat bekerja. Di belakang seorang lelaki yang hebat, pasti ada seorang isteri yang hebat jugak.

Have a good day! =)

Similar Posts

6 Comments

  1. eh anakku dah pandai mengaji lah! =) Alhamdulillah
    <--- rasanya boleh bayangkan daos punya nada and gaya cakap
    😛

    and terima kasih sbb wat post ni.
    tiada lelaki yang mahu berjauhan ngan isteri dan anak2. tp sudah ditetapkan yang mana lelaki itu tanggungjwbnya memastikan kelengkapan isteri dan anak2 itu ada, cukup makan, cukup ilmu, dan cukup segalanya.
    better lg dari laki duk goyang kaki kat umah and kita yang keje keras kan?

    (read: kita rephrasing it to woman)
    😛

  2. yup, agreed w u. my hubby br je start keje @ offshore last december n that time i tgh tunggu due date for our 3rd child.. hmmm, dh x de perasaan time tu 🙁
    anyway, isteri harus supportive n ikhlas, br semuanya berjalan lancar.

  3. hai.. tq kak.. nice sharing..
    saya bertunang dengan lelaki kerja offshore..
    nice write up.. doakan kami.. bakal berkahwin bulan dec nanti.. insyaAllah… doakan saya kuat.. :,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *