Blessed Thursday

Hari ini saya gembira sebab Muhammad dah masuk Iqra’ 3

Perjalanan ajar Muhammad mengaji agak mencabar dan panjang sebab saya sendiri masih belajar untuk memahami perangai anak sendiri dan set mana yang sesuai dengan karakter beliau.

Saya pula memang jenis tak mahu rush, seboleh mungkin saya mahu Muhammad yang nak minta di ajar, bukan saya semata-mata kena paksa atau suruh.

Alhamdulillah syukur sangat, bila Muhammad mahu, dari Iqra’ 2 dah boleh masuk terus Iqra’ 3

Dia faham konsep baris atas dan dua harakat, dan masuk Iqra’ 3 untuk belajar konsep baris bawah pula.

Esok Insya-Allah masuk muka surat ini ya.

Iqra’ saya dapati walaupun lebih perlahan, ia mengutamakan konsep faham asas betul-betul terlebih dahulu.

One step at a time.

Banyak pengulangan konsep membantu anak kecil untuk faham konsep. Contohnya baris bawah, Iqra’ mulakan terlebih dahulu dengan ba baris atas.

Selepas itu letak ba baris bawah. Kemudian ta dan tsa pula. Jadi budak tak lah keliru atau susah nak kejar.

Tetapi satu perkara yang saya masih cuba belajar – masukkan semua tiga-tiga anak-anak ke dalam sesi pembelajaran.

Saya agak kasihan melihatkan Maryam dan Hannah tarik-tarik saya untuk turut baca buku bersama mereka.

Macam mana agaknya Mak saya buat dulu.

Saya rasa mungkin saya kena sediakan sistem masa untuk ajar Muhammad dan Maryam tengok jam dan maklumkan Muhammad boleh bersama mak berapa minit. Maryam pula berapa minit.

Esok kita tengok macam mana.

Siri 3a Peter and Jane

Alhamdulillah hari ini juga kami belikan Muhammad buku Peter and Jane siri 3a sebabnya buku saya masa kecil-kecil dulu tak jumpa kat rumah mak.

Siri 3a. Agak seram juga sebenarnya saya tengok bilangan perkataan dah bertambah pada satu muka surat. Tetapi takpa, kita cuba make it fun dengan cara buat funny voices & funny gestures while reading. So far it worked.

Alhamdulillah Muhammad suka. Cuma saya sendiri rasa agak padat.

Mungkin esok saya perlu baca kan buku dari terbitan lain, just to take a rest untuk ┬áMuhammad ‘show off’ kepada Maryam dan Hannah yang dia boleh baca kan kepada mereka.

Budak-budak bila ada keyakinan diri, baru mereka akan lebih bersemangat untuk explore perkara baru dan cabar diri untuk next level.

Sama juga lah macam kita orang dewasa, kan.

Alhamdulillah perkataan seperti ‘The’ ‘is’ yang penyambung-penyambung ayat itu, Muhammad dah mula cam dan boleh baca.

Harapnya bertambah rajin lah dia akan baca kan buku-buku di rumah ini kepada adik-adik.

Lagi satu kami terfikir untuk cari movie bersama subtitle english.

Contohnya anak-anak kami sangat suka tengok cerita Kung Fu Panda.

Mereka tahu jalan cerita dan cuba untuk tiru apa watak cerita cakap. Cuma kalau ada subtitle mungkin lebih mudah untuk Muhammad kaitkan dengan apa yang dia baca dari siri Peter and Jane.

Alhamdulillah Muhammad juga dah habis buat buku siri 1c, yang kena tulis tu.

Dah suruh tidur, dah suruh rehat, tapi Muhammad tetap nak buat juga ??

Buku siri 2c tidak dapat diteruskan atas faktor adik-adik perlukan perhatian ?

Kenapa Ajar Anak Sendiri

Kenapa saya berusaha juga untuk ajar sendiri anak-anak di rumah. Ikutkan kemampuan, insya-Allah boleh sahaja mahu upah tutor peribadi.

Cuma saya agak tercabar dengan mak saya. Mak ajar saya semua subjek dalam sekolah – sekolah rendah dan sekolah menengah. Tak keterlaluan jika saya nyatakan yang bantu saya cemerlang di sekolah adalah : Mak (kecuali subjek Sejarah)

Boleh kata saya ke sekolah dulu hanya sebagai cukup syarat.

Jadi agak menggeramkan diri saya sendiri kalau saya tak mampu ajar anak-anak sendiri. Orang putih kata, mahukan self-satisfaction.

Bila berjaya guide anak membaca dan mengaji, rasa macam a very big achievement. Wah! Alhamdulillah syukur Ya Allah.

Mengajar sendiri anak-anak juga membuatkan saya lebih memahami anak-anak. Anak-anak ini ada perangai mereka tersembunyi, masa mengajar itu baru kita nampak kelebihan dan kekurangan anak.

Dan satu lagi, upline dalam Shaklee saya pernah berkongsi yang kalau kita ajar anak mengaji, pahala itu berterusan sampai bila-bila. Katakan lah kita bagi semua tugas tersebut kepada ustaz/ustazah, kira mana saham kita?

Oh, memang memberi inspirasi sungguh.

Semoga pahala mengajar anak-anak ini mengalir buat kami berdua di alam kubur nanti.

Bisnes Shaklee Pula

Saya juga agak berdebar nak buka GE esok. GE adalah sistem dalam Shaklee yang memaparkan berapa point terkini kumpulan kita.

Pada pertengahan bulan, saya dah naikkan target Januari. Harapnya capai lah target peribadi saya itu.

Walaupun boleh check GE tersebut pada setiap saat, sebab ianya online ? Tetapi saya memilih untuk fokus kepada usaha – salah satu usaha adalah konsisten update blog baru hasil usahasama bersama leader-leader team saya iaitu blog Creams Vitamin

After all, kerja kita sebagai hamba adalah tawakkal, usaha dan berdoa bersungguh-sungguh.

Serahkan segalanya kepada Allah.

Alhamdulillah for everything.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares