Boleh Ke Simpan Susu Ibu Dalam Bekas Plastik Makanan Biasa?
Sebenarnya tak lah rigid sangat kalau nak simpan susu ibu.
Apa yang ibu pakai, semua tu boleh dibuat simpan susu.
Plastik dan botol khas
Bekas plastik atau bekas botol yang dijual di kedai penyusuan biasanya membantu memudahkan ibu sebab ia mempunyai senggat kira berapa oz, dan ada siap-siap ruang untuk tulis tarikh.
Cuma space consuming lah.
Kalau stok terlalu banyak, mungkin kena dapatkan deep freezer
Bekas lain
Apa-apa bekas yang selamat untuk ibu guna, boleh digunakan untuk simpan susu
Antaranya termasuklah :
1) Plastik aiskrim
Page FB World of Breastfeeding
2) Bekas dadih
3) Bekas makanan plastik yang macam dadih.
Jangan lupa untuk lekatkan label tarikh pada bekas simpan susu untuk memudahkan kita track mana satu yang nak guna dulu.
Tips : Simpan susu dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelak pembaziran susu. Contoh dalam satu bekas simpan 3-4 oz sahaja.
So nanti bila nak cairkan, kita boleh cairkan sikit-sikit.
Sebabnya ada baby dia tak minum banyak. Bila kita cairkan 10 Oz sekaligus, semua tu perlu dihabiskan dalam masa 24 jam, tak boleh di bekukan semula.
Kalau tak habis, kena buang
.
Moga perkongsian ini bermanfaat buat anda.
Insya-Allah saya akan kongsikan lebih banyak tips berkaitan penyusuan susu ibu pada entry aka datang 🙂