bolehkah ibu demam menyusukan anak
Health - Breastfeeding

Bolehkah Ibu Menyusukan Anak Semasa Demam?

Ibu menyusu, kalau demam, boleh kah teruskan aktiviti menyusukan anak?

Ya, boleh. Malah ia sangat bagus.

Antibodi lebih dari biasa

Ini kerana, semasa ibu demam, badan ibu hasilkan antibodi yang lebih dari biasa. Antibodi ini semua bertugas untuk melawan virus demam.

Bayi yang sedang menyusu akan dapat antibodi ini secara langsung melalui susu ibu. Secara tidak langsung, ibu menyusu yang sedang demam yang meneruskan aktiviti penyusuan sebenarnya sedang melindungi bayi mereka daripada turut terjangkit demam.

Langkah berjaga-jaga

Namun begitu, ibu juga perlu ambil langkah berjaga-jaga.

Jika ibu selsema dan bersin, pastikan tutup mulut dan hidung supaya tidak terdedah secara langsung kepada bayi. Kalau bersin, bersin jauh-jauh dari bayi.

bolehkah ibu demam menyusukan anak

5 Alternatif Ibu Menyusu Untuk Kebah Demam

Ramai ibu seperti saya agak keberatan untuk ambil panadol ketika demam.

Lebih-lebih lagi sebab kita menyusukan anak dan kita tahu setiap apa yang kita makan akan sampai kepada anak.

Doktor yang saya pernah jumpa ketika demam juga pernah memaklumkan yang panadol hanya merawat simptom panas, ianya mengurangkan suhu badan supaya tidak terlalu tinggi.

Jika ibu tidak mahu ambil panadol semasa demam, saya cadangkan cuba 5 tips berikut di bawah.

Awas, kawal suhu badan ibu supaya tidak terlalu tinggi.

#1 : Banyakkan rehat

Banyakkan berehat supaya badan cepat sembuh. Bila kurang buat aktiviti, lebih mudah untuk kebah.

#2 : Pastikan banyak minum air masak

Bila ibu demam, pastikan ibu banyak minum air masak supaya badan tidak dehydrated. Bila dehydrated, susah demam nak surut.

Elakkan minum minuman manis dan minuman berkafein. Minuman ini akan menyerap zat dan nutrisi dalam badan yang diperlukan oleh sistem imun untuk melawan virus demam.

Minuman jenis ini juga menyebabkan badan ibu cepat dehydrate.

Jadi, hanya minum air masak sehingga kebah.

#3 : Minum air kelapa untuk sejukkan badan

Air kelapa muda terkenal sebagai salah satu minuman penyejuk badan. Jika ada kedai yang jual air kelapa, cuba dapatkan.

Namun begitu, jika ibu turut ada batuk, sebaiknya elak minum air kelapa kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan batuk bertambah teruk

#4 : Jelum kepala

Panas badan akan naik ke atas. Kepala lah yang paling perlu juga supaya tidak terkena sawan.

Jadi jelum kepala – iaitu basahkan kain kecil, dan letak pada dahi. Ini supaya kepala tidak panas dan cepat kurangkan panas demam.

Ibu juga boleh pakai kool fever yang lebih selesa.

#5 : Bantuan vitamin Set Ibu Menyusu Demam Shaklee

Vitamin Set Ibu Menyusu Demam ini terdiri daripada 3 jenis supplement penting untuk ibu menyusu yang sedang demam tetapi mahu cari alternatif panadol :

  • Performance Drink – untuk pastikan badan kekal terhidrasi supaya badan cepat surut demam
  • Vitamin C – untuk kuatkan sistem imun supaya aktif melawan demam/selsema/batuk
  • Garlic – bertindak sebagai antibiotik semulajadi supaya demam tidak mudah datang

Shaklee bukan ubat yang bersifat drug. Sebaliknya ia merupakan vitamin semulajadi dan di proses juga secara semulajadi tanpa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Biasanya kalau saya demam atau bayi yang demam, atau kami demam sama-sama; saya memang amalkan Set Ibu Menyusu Demam ini.

Alhamdulillah setakat ini kalau demam teruk sekalipun, dalam masa 2-3 hari surut biasanya.

Yang saya suka adalah saya tak perlu makan panadol bila saya demam atau bila anak demam.

Cara Dapatkan Set Ibu Menyusu Demam Untuk Elak Panadol

Set ini boleh simpan sebagai ‘first aid kit’ di rumah in case ibu atau baby demam.

Untuk dapatkan set ini, boleh terus hubungi saya di :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *