Business | Poslaju

Buka Akaun Poslaju

Kalau korang -korang ada buat bisnes produk fizikal, tak kira kecik atau medium atau besar, mesti akan ada urusan pos-pos barang kan?

Amat mudah bila kita asyik kerja nak pos barang setiap hari, dan kita buka akaun dengan Poslaju atau KTM atau courier service yang lain.

Kalau nak buka akaun dgn poslaju,

1. Kena daftar syarikat dengan SSM sebab poslaju akan minta sijil pendaftaran syarikat. Kalau belum daftar syarikat, daftar online je. Senang dan cepat 😉 Next time bila2 masa, insya-allah saya kongsikan cara daftar syarikat secara online pulak

2. Sediakan Cop rasmi syarikat.

Yang simple dah memadai. Asalkan ada nama syarikat, no pendaftaran dan nombor phone. Tak perlu logo atau alamat atau perkara-perkara lain. Sebab nanti kena cop kat borang poslaju semasa nak daftar. Tempat cop tu kecik je.

3. Deposit. Ni optional ikut kawasan.

Cam kalau kat KL, poslaju minta deposit RM 500, kat Shah Alam minta RM 1,000. Tapi alhamdulillah utk Kemaman tak minta satu sen pun =) Deposit ni hanya akan dikembalikan bila kita nak terminate service poslaju

Mudahnya bila buka akaun sebab:

1. Posmen pick-up dari rumah, saye takyah kluar rumah semata-mata untuk pos barang. Save masa, lagi-lagi bila ada baby ni, leceh sikit kalau nak keluar berdua ngan baby. Boleh la sambil-sambil tunggu tu, kite masak lunch, sambung promote, reply customer, kemas umah, etc.

Saya boleh mention nak minta posmen datang pukul brapa. Jadi senang nak get ready. Biasa kalau kat kerteh, saya minta posmen datang pukul 2. Masa tu dah lepas lunch,baby pun mood ok. Kat shah alam ni dlm pukul 3, pukul 12 dh datang T_T takpa la, janji datang. Hehe

2. Dia bagi semua secara percuma.

Eh, memang plastik poslaju tu free, tapi kite boleh minta bebile kita nak. Cam slalu tengah bulan, plastik poslaju saya akan habis. Jadi saya call pejabat,minta dia hantar plastik poslaju banyak2. Dan diorang akan hantar 😀 Takyah bayar extra caj kpd poslaju masa drg hantar plastik. Macam mengada-ngada pun ye jugak 😛

Yang best tu, diorang akan bagi sebundle borang poslaju yang dah siap print nama company kita sebagai pengirim. Jimat masa lagi 😉

3. Kalau outstation, boleh call ambil kat hotel.
Maksudnya, saya kan dok kerteh. Tapi slalu sangat ikut hubby outstation ke KL, Kuantan, etc. Bila saya outstation, saya akan call poslaju tempat saya- poslaju kemaman, cakap nak minta pick-up, tapi kat tempat lain. Dan diorang akan inform poslaju tempat sy outstation

Cam minggu ni sy ada kat shah alam, jd poslaju kemaman akn inform poslaju shah alam utk collect brg saye. Kengkadang, lepas call kemaman, org kat shah alam tak call2 saye. Tu nampaknye ada misscomm antara diorang sbb info tak sampai. Jadi sy pun nak kena lah tanya poslaju shah alam samada dh dpt info drp kemaman ke belum?

Bottom line, buka akaun ngan poslaju ni sangat memudahkan. Takyah angkut parcel banyak- banyak ke pos ofis. Lagi ngan baby comel ni, ngan kerja rumah banyak lagi 😛

Moga info ni memberi manfaat kepada semua :))

Published with Blogger-droid v2.0.4

Similar Posts

7 Comments

  1. salam kak, nk tanya..mahal tak charge servis ni? dengan macam boleh tukar2 pos laju bila kita outstation tu..takut la dia charge lebih bila kes macam ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *