Bisnes Dari Rumah

Cabaran Bisnes Dari Rumah Hari #2: Menu Masak Cepat

Bila dah banyak kerja perlu diuruskan, masak pun kena cepat. 

Lagi best, bila sambil masak pun kena dokong baby ?

Saya kongsikan menu masak cepat keluarga kami : Spaghetti

Anak-anak pun memang suka. 

Gambar dari Google. Gambar saya sendiri belum dapat ambil

Bahan-bahan :
Spaghetti (rebus dalam air mendidih selama 15 minit, kemudian ketepikan) 

Bahan sos :

1 biji bawang besar di hiris

3 biji bawang putih dihiris

1 botol kecil Sos Prego

Satu paket ground meat. 

Tips: Pilih jenama yang ada banyak daging, bukan jenama yang daging bercampur dengan  lemak, supaya berbaloi makan. 

Kalau nak buat sendiri pun bagus. Kisar daging dalam food processor. 

Cara-caranya:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 

2. Masukkan ground meat. Masak hingga masak – warna macam kelabu merah. 

3. Masukkan sos prego. 

4. Tunggu macam mendidih, tutup api. 

5. Siap

Spaghetti ini boleh di makan dengan tuang sos atas spaghetti, atau gaul sos bersama spaghetti. 

Cepat kan?  đŸ˜‰ 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Whatsapp : 0194773457 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *