Cabaran – Cabaran Bekerja Dari Rumah
Ramai yang bekerja di pejabat nak sangat bekerja di rumah.
Biasanya sebab terbitnya angan-angan bekerja dari rumah termasuk lah mempunyai lebih banyak masa dengan anak, tidak perlu menghadap politik di ofis, tidak perlu bangun awal pagi dan banyak lagi.
Namun sebelum anda berkeputusan untuk bekerja sepenuhnya dari rumah, terdapat 3 cabaran mengenai bekerja dari rumah yang anda perlu tahu.
Cabaran #1: Disiplin
Bekerja dari rumah bermakna kita bekerja sendiri tanpa ada sesiapa yang akan memaksa kita untuk buat kerja dan tiada due date.
Kita menentukan pencapaian kita.
Masalahnya bagi yang susah nak berdisiplin, fleksibiliti ini boleh membunuh.
Bayangkan kalau bergolek atas katil sampai jam 12 tengahari, bila masa pulak nak buat kerja, betul? 😉

Cabaran #2: Bertangguh
Oleh kerana tiada siapa akan marah bila kerja tak siap, maka ramai yang bekerja dari rumah suka mengambil sikap bertangguh untuk menyiapkan tugasan.
Bila asyik bertangguh, akan datang lah kerja segedebuk yang perlu diselesaikan.
Akhirnya akan penat dan mengundang stress.

Jangan sesekali kita salahkan anak atas masalah kita sendiri yang tidak berdisiplin dan suka bertangguh.
Cabaran #3: Pencuri Masa
Scroll newsfeed Facebook, scroll Instagram, gosip di Whatsapp merupakan salah satu pencuri masa.
Mungkin kita ingat, alah kejap je, 10 minit je.
Tapi biasanya 10 minit akan melarat kepada 30 minit, dan seterusnya 45 minit dan dalam tak sedar, menjadi satu jam!
Setiap saat kita adalah berharga.

Jika kita tidak tangani cabaran-cabaran ini, semua kerja tak akan siap, dan akhirnya pencapaian dalam perniagaan dari rumah akan merudum.
Cabaran wujud untuk menghasilkan peribadi yang kreatif, kental dan kuat.
Jadi sebelum anda ambil keputusan untuk bekerja dari rumah, sebaiknya pastikan anda mampu tangani cabaran-cabaran seperti di atas.
Cuba dulu seminggu, atau sebulan, atau 2 3 bulan. Sesuaikan diri, sediakan jadual.
Insya-Allah saya akan kongsikan beberapa tips yang membantu untuk atasi cabaran-cabaran ini 😀
Minat nak dapatkan Shaklee?
Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee atau sertai bisnes Shaklee, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di:
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp: 019 409 3457
Shaklee ID: 858755