Alhamdulillah, Second Item Dalam Vision Board Accomplished!

Alhamdulillah syukur Alhamdulillah, tak sangka second item dalam Vision Board 2018, accomplished!

Iaitu purchasing BRV-V Type Brand new.

Warna Dark Ruby Red

Asalnya nak beli cash buy. Tapi fikir banyak faktor, kita beli dengan minimum loan iaitu paling pendek – loan 3 tahun.

Insya-Allah kami plan nak settlekan cepat-cepat. Paling cepat pun boleh dalam masa setahun. Ada apa tah kalau less than one year. Lupa.

Ikutkan jadual, kami expect dapat kunci dalam mid-April. Tak sangka pula cepat dapat.

Agak mudah Allah susun perjalanan beli kereta baru ni.

Kenapa Pilih BRV V-Type

Kami beli BRV ni bukan sebab selalu long distance travel, tapi sebab anak dah bertambah. Main criteria adalah mesti 7-seater dan Honda sebab selama ni pun puas hati sangat pakai Honda.

Kami pula bukan jenis suka yang shape kotak macam Vellfire 😂

BRV pula di showroom Honda adalah satu-satunya 7-seater yang easily available. Kira kalau nak beli tu, stok ada.

Model lain tak sure nama apa.

Stream?

Odyssey?

Itu entah kenapa agak susah stok nak masuk. Lagipun Stream & Odyssey agak macam sosej shape dia.

Lain orang lain preference kan. Sebab tu kereta pun ada macam-macam style.

Kami pun bukan lah car-literate atau peminat kereta sangat. Asalkan cantik di mata kami, ikut spec yang kami mahu; proceed.

Leather Seat is baby friendly

Kami juga pilih V-Type mainly sebab seatnya adalah leather seat.

Mengikut pengalaman bawa baby naik kereta, kalau seat kami tu jenis kain atau PVC, maka segala muntah baby akan kekal lama baunya dalam kereta. Haha.

Masa pertama kali kami beli brand new car iaitu Honda City, memang Mak dah advise pasang leather seat siap-siap.

Syukur Alhamdulillah berbaloi, sebab tak lama lepas tu Muhammad lahir, dan Muhammad adalah baby yang kerap muntah tak kira di mana dia berada.

Dengan leather seat, kita lap je, hilang bau.

Kalau bukan leather, I’ve experienced before, susu tertumpah dalam kereta sebelum-sebelum ini, Allah baunya susah nak hilang.

Proses Beli Kereta

Alhamdulillah sangat Allah permudahkan proses beli kereta serta sangat murahkan rezeki kami. Mungkin juga asbab baby bakal lahir.

Rezeki baby.

Mula-mula tu kami Google dealer Honda.

Ya kami pernah ke Showroom Honda, tapi dealer yang kami jumpa tu macam tak bersungguh nak menjual.

Lepas kami balik, dia langsung tak follow up.

Jadi better cari dealer yang serius kan.

Alhamdulillah dealer yang kami jumpa ni siap boleh datang rumah untuk discuss.

Kereta lama kami jual, tak simpan. Antara sebabnya adalah kalau nak simpan kereta, kena keluar banyak duit. Bukannya macam kita simpan almari ke, baju ke.

Nak maintain tayar, servis spare part, etc. Semua tu makan duit.

Lagipun zaman sekarang kalau nak pergi mana-mana tanpa kereta, Grab mudah jumpa di kawasan kami.

Jadi tiada keperluan lah untuk 2 kereta. Naik Grab lebih mudah- jimat masa dan jimat stress kalau jalan jem.

Masa dealer Honda tu datang, dia turut bawa kawan dia yang kerja beli kereta second hand.

Kawan dia ni check kereta lama kami untuk estimate berapa dia nak beli.

Tak sangka jual kereta City kami, dapat banyak juga walaupun kemek depan dan belakang. Jadi duit itu buat deposit untuk BRV-V Type.

Kiranya deposit BRV ni ada sikit duit kami plus duit jualan City tadi.

Bank contact

Dealer tersebut hubungi bank untuk contact suami.

Alhamdulillah tak perlu kami pergi atau call bank. Pihak bank yang call untuk offer loan.

Ada 3 yang call iaitu CIMB, Maybank dan Affin.

Interest rate paling rendah adalah CIMB. Lagipun CIMB saja yang sambung follow up dengan suami saya. Jadi kami teruskan dengan CIMB.

Cuma untuk sign loan ni kena ke branch CIMB yang sediakan Auto Financing. Pergi je lah.

Lepas sign loan, kami perlu ambil geran kereta lama untuk serahkan kepada dealer Honda tadi.

Kami ke CIMB di cawangan Kampung Baru, KL. Lagipun sebab nak ambil geran kereta lama pun dekat-dekat area tu.

Alhamdulillah Allah mudahkan sangat sangat. Tak ramai orang masa di bank dan kami sign sign sign saja.

2-3 hari selepas itu, terus dapat kunci kereta baru, dealer tersebut hantar kereta ke rumah kami.

Allahuakbar! Mudah sangat.

Insya-Allah semoga bertambah mudah kami nak early settlement kereta ini supaya tak jadi hutang loan panjang sangat.

Next, projek banglo!

Sebelum itu, fokus kelahiran baby number four 😀

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares