Sugarscarf tudung

5 Sebab Saya Minat Sangat Tudung Sugarscarf

Saya mula berkenalan dengan tudung Sugarscarf ini selepas melahirkan anak ketiga.

Tiba-tiba rasa nak pakai cantik-cantik.

Masa masuk butik Sugarscarf, saya sangat terkejut sebab sungguh betul butik tersebut hanya jual tudung sahaja.

Sebagai orang yang turut menjalankan perniagaan, saya terkejut sebab kagum dengan team Sugarscarf kerana hanya dengan tudung eksklusif, perniagaan mereka mampu bertahan dan sangat kukuh.

Oh, saya belum pernah masuk butik Fareeda just yet.

Masa itu saya berkenan dengan tudung berwarna pink yang ada bunga timbul. Bunga ini bukan corak, tetapi bunga 3D.

Sangat lah kagum.

Dan selepas dari itu, apabila mencari tudung, memang butik Sugarscarf sahaja lah saya tuju.

beli-tudung-sugarscarf-best
Saya sangat suka detail pada inner sugarscarf ini. Cuba tengok crisscross dalam gambar ini. Ini, saya pakai Madison Twilight Ocean Beauty. I love it so much!

 

suka-tudung-sugarscarf
Ini lah detail design Madison Twilight Ocean Beauty. Cantik sangat kan?

5 sebab saya sangat berkenan dengan tudung sugarscarf ini termasuk lah:

#1 : Pilihan warna yang menarik dan feminin.
Kalau boleh semua warna pun saya mahu ambil.

#2 : Inner tudung ini attach dengan tudung. 
Jadi saya tak perlu pakai anak tudung pun dah nampak kemas.

Sangat kemas, rambut saya langsung tak keluar berbanding pakai anak tudung biasa.

#3 : Crisscross design yang cantik dan kemas
Corak Crisscross pada bahagian inner ini memang wow sangat!

Sugarscarf ada beberapa pilihan inner. Tapi saya dapati yang paling masuk dengan saya adalah inner Crisscross ini.

#4 : Saiz L yang cukup labuh
Untuk orang seperti saya yang semua pun nak pastikan tutup, shawl tudung sugarscarf ini boleh dilabuhkan ikut preference kita.

Biasanya saya pilih saiz L, boleh labuh depan dan labuh belakang.

#5 : Tampak elegan dan eksklusif
Jahitan tudung sangat kemas dan teliti dan design yang eksklusif membuatkan saya rasa sungguh elegan dan eksklusif bila pakai tudung Sugarscarf.

Mak dan adik-beradik saya pun cakap cantik tudung Sugarscarf saya. Hihi. Padahal sebelum ini, saya paling selebet antara semua adik-beradik perempuan.

Jom saya belanja beberapa gambar tudung Sugarscarf.

 

tudung-sugarscarf-twilight

beli-tudung-sugarscarf-twilight

cara-beli-tudung-sugarscarf-twilight-secara-online

Tudung Sugarscarf yang biasa saya berkenan adalah dalam RM 165 ke atas sehelai, macam yang kat atas ni.

Jadi, kalau nak beli setiap bulan, biasanya boleh beli guna sedikit dari duit bonus bisnes Shaklee saya ^_^

Normal lah kita kadang ada benda yang kita teringin tetapi memerlukan sedikit belanja.

Saya jadikan kehendak saya ini sebagai pencetus motivasi untuk bergerak lebih tinggi dalam bisnes Shaklee.

Sebab itu saya perlu sentiasa double triple usaha dan tawakkal agar boleh menggemukkan lagi bonus Shaklee, nanti boleh borong lebih banyak tudung Sugarscarf 😀

Bisnes Shaklee ini, bila diusahakan dengan serius, surirumah macam saya pun alhamdulillah dapat pulangan yang besar dan boleh lah borong lagi banyak tudung Sugarscarf.

Kalau anda nak beli tudung Sugarscarf dengan saya, boleh WhatsApp terus ke 0196953317 ^_^

Suka sangat dengan Sugarscarf sampai nak tolong jualkan sekali. Hihi

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *